►Jika anda berminat, apakah langkah anda seterusnya?
Jika anak anda menjadi pelajar Queen Ethelburga’s, dia akan mendapati bahawa kami sungguh mesra, amat memahami dan gemar membantu. Kampus kami cukup menarik dan selesa. Walaupun kami ada menerima sejumlah besar pelajar luar negeri ke dalam Tingkatan Enam kami apabila mereka berumur di antara 16, 17 atau 18 tahun, kami mendapati pelajar yang menyertai kami di peringkat umur muda lebih berjaya. Kami mempunyai ramai pelajar luar negeri daripada umur 5 tahun ke atas. Sesetengah mereka yang menyertai kami berumur 8, atau 11 atau 13 atau 15 tahun. Kami menerima pelajar daripada semua peringkat umur.
Sekiranya anda berupaya, kami gembira jika anda dapat datang melawat kami walaupun kami tahu ini adalah sukar untuk sesetengah ibu bapa luar negeri. Jika anda boleh melawat, kami akan memberikan anda dan anak anda lawatan segenap ceruk kampus kami dan mengatur supaya semua pelawat dapat bertemu dengan orang-orang yang penting dalam pendidikan anak anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan sekarang selepas membaca brosur ini sila hubungi kami. Anda boleh menelefon, menulis surat, faks atau e-mel kepada kami. Kami bersedia membantu anda selagi kami mampu. Jika anda telah memutuskan untuk menghantar anak anda ke Sekolah kami dan anda tidak dapat datang dan mengunjungi kami, sila:-
- Lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran dan hantarkan kepada kami bersama-sama pembayaran sebanyak £185 ~ agar lebih mudah, kami juga menerima pembayaran melalui kad kredit.
- Berikan kami maklumat penuh tentang sekolah anak anda sekarang dan yang dahulu bersama-sama dengan butiran sebarang peperiksaan yang lulus atau gred yang dicapai. Sila sertakan juga rujukan bertulis rasmi daripada sekolah anak anda yang sedia ada jika boleh. Kami perlu menerima salinan laporan sekolah terkini anak anda.
- Beritahu serba sedikit tentang anda sebagai ibu bapa dan pekerjaan anda. Beritahu kami serba-sedikit tentang keluarga anda dan bagaimana keadaan mereka. Beritahu kami tentang anak anda yang ingin menyertai kami. Apakah yang mereka suka atau tidak suka? Apakah yang mereka buat di waktu lapang? Gambar keluarga yang bersahaja dialu-alukan. Apakah cita-cita kerjaya anak anda? Adakah ini juga yang anda mahukan? Lebih banyak yang kami tahu adalah lebih baik.
- Berikan kami butiran perkara lain yang anda rasa kami patut tahu. Adakah anak anda mempunyai masalah yang kami perlu ketahui? Jika anak anda mempunyai masalah kesihatan, atau kecacatan fizikal, atau alahan anda perlu memberitahu kami sekarang.
Jika bahasa Inggeris bukan bahasa kebiasaan anda, sila tulis dalam bahasa ibunda anda. Salah seorang kakitangan kami berupaya menterjemah surat dan maklumat anda ke dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, proses ini adalah lebih cepat jika kami menerima maklumat dalam bahasa Inggeris.
Kami kemudiannya akan memproses maklumat yang dihantar dan akan menghubungi sekolah di mana anak anda kini sedang belajar kecuali jika anda memberikan sebab untuk tidak berbuat demikian. Jika kami menerima anak anda menyertai Queen Ethelburga’s, kami akan menghubungi anda dan memberitahu anda segala maklumat yang anda perlu tahu. Jika jawapannya tidak, kami masih akan menulis kepada anda untuk makluman. Keseluruhan proses biasanya memakan masa selama tiga minggu. Jika terdapat sebab kami perlu bertindak segera, semua perkara boleh diuruskan secara rasmi dan pelaksanaan dibuat dalam masa beberapa hari sahaja.
The Registra
Queen Ethelburga’s College
Admissions Department
The Undercroft Offices
Thorpe Underwood Estate
York. Y026 9SS. England
Tel: +44 (0) 1423 33 33 30 Fax: +44 (0) 1423 33 33 10
E-mel:

Yuran Penggal ~ dibayar secara pendahuluan
Ada 3 penggal dalam setahun. Kos yang disebut harga adalah untuk satu penggal. Harga ini merupakan harga semasa kami. Harga dikaji semula setiap tahun. Anda boleh membayar yuran menggunakan Cek atau Pemindahan Bank. Dengan dikenakan sedikit bayaran anda boleh mengagihkan bayaran selama beberapa bulan atau membayar menggunakan Visa, MasterCard atau American Express. Semua pelajar luar negeri juga dikehendaki membayar deposit pendahuluan satu kali sebanyak £1,500, yang mana akan dipulangkan semasa meninggalkan kami jika semua pembayaran bil telah dibuat sepenuhnya. Anda perlu memberikan notis satu penggal penuh jika mahu meninggalkan kolej atau anda akan dikenakan bayaran yuran satu penggal penuh jika gagal berbuat demikian.
- Penggal 1 biasanya dari September hingga Disember
- Penggal 2 biasanya dari Januari hingga Mac
- Penggal 3 biasanya dari April hingga Jun
Biasanya pelajar baru dari luar negeri akan bermula dengan kami pada permulaan penggal bulan September iaitu permulaan Tahun Akademik.
Para pelajar yang menyertai kami untuk Kursus Peperiksaan GCSE Kumpulan Tahun 10 dan 11 bagi para pelajar dalam anggaran umur 14 atau 15 tahun….
ATAU pelajar yang menyertai kami untuk memulakan Kursus Peperiksaan A-level bagi Kumpulan Tahun 12 dan 13 bagi para pelajar dalam anggaran umur 16, 17, 18 or 19 tahun …..
Perlu bermula dalam penggal September atau mereka akan ketinggalan. Kursus dua tahun ini bermula pada penggal September. Mereka yang menyertai dalam penggal Januari akan ketinggalan kerja selama satu penggal dan tidak berupaya untuk memahami dengan mudah baki kursus yang ada.
Pelajar muda berumur bawah 14 tahun biasanya akan menyertai kami pada permulaan penggal September TETAPI boleh juga menyertai kami pada bulan Januari atau April.
Sila ambil perhatian bahawa perkara di atas hanyalah garis panduan yang kami syorkan. Dalam keadaan tertentu seperti perang meletus di negara anda atau keadaan politik tidak menentu secara tiba-tiba atau keadaan kecemasan peribadi tertentu, kami mungkin dapat menerima pelajar baru pada bila-bila masa. Contohnya ialah Ketua sebuah Komuniti ini yang perlu mengeluarkan anak perempuannya dari negara oleh kerana ancaman terhadap keselamatan keluarganya. Dia menelefon kami pada jam 11 pagi. Beliau berupaya memperoleh Visa Memasuki UK segera untuk anaknya.
Anaknya tiba menggunakan jet peribadinya pada jam 8 malam hari yang sama hanya dengan membawa perbelanjaan kewangan bersamanya tanpa membawa barangan peribadi. Hari berikutnya kami membantu anak ini membeli pakaian, berkemas untuknya dan dia telah memulakan persekolahan. Dia berada bersama kami selama 4 tahun dan telah mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Beliau akhirnya berjaya ke Universiti. Kami merasa senang hati kerana semuanya telah selamat bagi dia dan keluarganya.
KUMPULAN TAHUN |
PEPERIKSAAN DIAMBIL |
ANGGARAN UMUR |
YURAN SATU PENGGAL |
Y1 |
|
5/6 tahun |
£7,340 |
Y2 |
Ujian Peringkat Penting 1 |
6/7 tahun |
£7,340 |
Y3 |
|
7/8 tahun |
£7,340 |
Y4 |
|
8/9 tahun |
£7,340 |
Y5 |
|
9/10 tahun |
£7,575 |
Y6 |
Ujian Peringkat Penting 2 |
10/11 tahun |
£7,575 |
Y7 |
|
11/12 tahun |
£8,895 |
Y8 |
|
12/13 tahun |
£9,395 |
Y9 |
Ujian Peringkat Penting 3 |
13/14 tahun |
£9,395 |
Y10 |
GCSE Bermula |
14/15 tahun |
£9,395 |
Y11 |
Peperiksaan GCSE |
15/16 tahun |
£9,395 |
Y12 |
Tingkatan Enam ~ A-level |
16/17/18/19 tahun |
£10,335 |
Y13 |
Tingkatan Enam ~ A-level |
17/18/19/20 tahun |
£10,335 |
Yuran ini sah dari September 2008 hingga Ogos 2009
Pelajar kami adalah duta terbaik kami
Queen Ethelburga’s merupakan sekolah yang ceria dan berkembang di mana para pelajarnya disediakan dengan landasan pendidikan untuk berjaya, bermula pada peringkat usia muda hingga ke Peperiksaan GCSE , Peperiksaan A-level dan ke peringkat umur seterusnya. Semua pelajar kami digalakkan berdikari, tekun dan berkeyakinan.
Oleh kerana kemudahan dan kejayaan kami yang cemerlang, kelas kami mungkin penuh. Jika anda ingin anak anda menyertai kami sama ada dalam masa terdekat ini atau dalam masa satu atau dua tahun, anda dinasihatkan untuk mendaftarkan anak anda secepat mungkin.
Suasana persekitaran sekolah inilah yang membuktikan mutu pendidikan yang disediakan di Queen Ethelburga’s. Murid luar negeri termuda kami berumur 5 tahun dan yang paling tua berumur 20 tahun. Semua pelajar luar negeri kami gembira dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Kami berharap risalah ini dapat memberikan sedikit maklumat mengenai kehidupan harian di sekolah dan anda dapat melawat kami jika boleh untuk melihat sendiri komitmen kami terhadap kecemerlangan, kampus kami, para guru dan yang paling utama sekali para murid kami. Kejayaan merekalah yang menjadi pendorong tenaga dan kemahiran kami. Mereka sebaliknya menjadi duta terbaik kami.
Sila ambil perhatian bahawa pelajar yang langsung tidak dapat berbahasa Inggeris perlu menerima kursus bahasa Inggeris intensif jangka pendek bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelajar yang agak boleh berbahasa Inggeris tetapi tahap pemahaman mereka lemah juga perlu menerima bantuan tambahan. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran.
Pelajar luar negeri yang agak atau langsung tidak mampu berbahasa Inggeris yang mahu memulakan tahun persekolahan akademik biasa bulan September lazimnya tiba di England pada bulan Julai dan menghadiri Akademi Kursus Bahasa tempatan dan tinggal bersama keluarga Inggeris yang bertindak sebagai Penjaga. Kami boleh mengaturnya jika perlu. Ibu bapa bertanggungjawab membayar terus kos Penjaga dan Akademi Bahasa secara pendahuluan kepada mereka. Dengan cara ini pemahaman pelajar terhadap bahasa Inggeris biasanya pada tahap yang mencukupi untuk memulakan persekolahan bulan September.