Suatu tradisi kemesraan, kecemerlangan dan penjagaan
Selama sembilan dekad sejak penubuhannya pada tahun 1912, Queen Ethelburga’s College telah menjadi salah sebuah daripada sekolah-sekolah yang ternama dan terbaik di Britain, dengan reputasi yang membanggakan pada tahap kebangsaan dan antarabangsa bagi penjagaan, kemesraan dan kecemerlangan.
Program perbelanjaan modal kami adalah pembiayaan terhadap kampus yang menyediakan kemudahan yang bermutu tinggi. Pelaburan yang berjumlah sekitar £20 juta ini, dalam hanya beberapa tahun yang lalu, telah membantu kami memberi para penuntut kelebihan yang boleh mendorong mereka ke arah kejayaan yang terserlah, daripada komputer Pentium kepada keselesaan kerana mengetahui bahawa terdapatnya kemudahan telefon dan mel suara di setiap bilik tidur.
Setiap tahun, kami terus memperluaskan sumber kami, di mana semakin ramai ibu bapa telah mengiktirafnya sebagai memberikan peluang yang tiada tolok bandingnya kepada anak-anak mereka.
Kami di Queen Ethelburga's College percaya akan mempunyai sekolah yang mementingkan setiap penuntut; oleh itu, kami bukanlah sebuah sekolah yang besar, dan kami tidak berhasrat atau perlu berbuat demikian, tetapi kemudahan kami adalah tiada tandingannya.
►Mengekalkan tradisi
Sepanjang sejarah sekolah ini, Queen Ethelburga's telah mengekalkan rekod pencapaian dan kebanggaan berdasarkan pada, sebahagiannya, pada sistem "Masyarakat". Inilah yang berlaku sejak penubuhan kami pada 1912. Empat "Masyarakat" tersebut dinamai mengikut pautan sejarah dengan Sekolah dan dinamakan: Cantwara, Derwent, Eoforwic dan Lyminge . Setiap penuntut menyertai salah satu daripadanya ketika mereka mula-mula sekali menyertai kami. Mereka bersaing dengan yang lain dalam bidang sukan, drama dan muzik. Kami dapati sistem ini menggalakkan persahabatan sepanjang hayat, berdaya saing dan berkesinambungan. Ia adalah serupa dengan sistem rumah "persatuan mahasiswa" di Universiti Amerika.
Kami juga mempunyai Persatuan bagi bekas penuntut. Persatuan Bekas Penuntut Ethelburga’s ( Old Ethelburgian's Association ) adalah amat giat dan aktif. Majlis perjumpaan bekas penuntut dianjurkan di Kolej, di London, di tempat lain di United Kingdom dan juga di luar negeri.
Persatuan tersebut mempunyai pejabatnya sendiri di dalam Queen Ethelburga's.
Kehidupan Akademik - keseronokan belajar
Queen Ethelburga's bukanlah, atau mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi, sebuah sekolah yang besar.
Seperti mana yang anda jangkakan, saiz kelas adalah kecil dan guru-guru kami dapat memberikan tumpuan yang amat mendalam terhadap setiap penuntut. Tambahan lagi, Kumpulan Pengajar ini mengekalkan perhatian peribadi yang teliti terhadap kemajuan setiap penuntut.
Dalam Jabatan Sekolah Rendah kami, kami berusaha untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak itu mendapat kefahaman yang padu bagi semua keperluan asas pendidikan umum. Apabila seseorang kanak-kanak itu beransur maju melalui Jabatan Sekolah Rendah, kami akan dapat meneruskan dengan lebih mendalam ke mata pelajaran yang lebih khusus.
Objektif kami pada peringkat awal tahun Sekolah Kelas Tinggi kami adalah untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan minat tertentu setiap penuntut agar dapat berkembang, bersama dengan para penuntut dan ibu bapa, pilihan mata pelajaran yang paling sesuai bagi peperiksaan apabila tiba waktunya.
Para penuntut yang akan bersama kami sewaktu berusia antara sebelas dan tiga belas akan menyertai program pelajaran yang menyeluruh termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, tiga mata pelajaran Sains, Muzik, Seni Lukis, Bahasa, Teknologi Maklumat dan Ilmu Kemanusiaan. Pelajaran Kerjaya, Sukan dan Pendidikan Sosial Peribadi juga disertakan.