Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

KETUA GURU - STEVEN JANDRELL B.A.

Lulusan Sussex University yang dihormati, Steven Jandrell mempunyai pengalaman mengajar yang luas, serta 4 tahun bekerja di peringkat universiti. Dia telah menyandang jawatan kanan di dua buah sekolah persendirian diikuti dengan jawatan sebagai Naib Pengetua Akademik, Timbalan Ketua dan Ketua Sekolah Menengah sebelum menjadi Ketua Guru. Isterinya, Margaret, juga merupakan guru, dan bersama-sama, mereka mempunyai tiga puluh tahun pengalaman dalam Pendidikan Persendirian. Di baris hadapan inovasi di Queen Ethelburga's College, beliau merupakan pengasas inisiatif yang telah menaikkan taraf kami dan meletakkan sekolah ini di kedudukan yang menyerlah yang kini kami nikmati. Minatnya yang luas merangkumi; sukan payung terjun, bermain ski, melancong, projek kecerdasan dan pembinaan.

Pendidikan yang terbaik adalah tentang mengembangkan keupayaan individu dan ia merupakan pusat bagi etos kami. Asas inilah yang telah membuatkan sekolah kami berbeza; dengan mengiktiraf keunikan setiap orang, kami dapat menyediakan kesamaan peluang bagi setiap anak untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka sendiri. Encik Jandrell yakin bahawa pembelajaran seharusnya menyeronokkan dan digalakkan untuk keriangannya sendiri.

Pendidikan yang baik jugalah adalah mengenai membina perhubungan yang istimewa antara guru-guru dan penuntut-penuntut yang membolehkan penuntut-penuntut lelaki dan perempuan untuk membesar sebagai seorang anak muda meningkat dewasa yang matang, seorang yang berkeyakinan tanpa bersikap angkuh, mesra tetapi tidak melewati batas, tenang tetapi tidak bersikap sambil lewa, tetapi seorang yang mempunyai ketabahan untuk menjalani kehidupan dengan berlandaskan nilai moral, sosial dan rohani yang teguh. Encik Jandrell yakin dengan penerapan budi pekerti mulia, kesopanan, kejujuran, simpati dan toleransi melalui rangka kerja disiplin dan pujian yang adil dan konsisten. Di sekolah kami, usaha mencapai kecemerlangan kami ini ditunjangi keselamatan dan kestabilan.

Belajar untuk menerima tanggungjawab adalah suatu peranan penting bagi kehidupan desa di sekolah kami, suatu segi yang amat digalakkan oleh Encik Jandrell . Etos di sini menggalakkan persahabatan sepanjang hayat dan peluang untuk menganggotai keluarga besar, berkongsi dan meraikan kejayaan akademik, kesenian dan dalam bidang sukan. Persekitaran ini membolehkan penuntut-penuntut lelaki dan perempuan memperoleh unsur kerohanian; mereka pelajari cara ia dapat memperkayakan kehidupan mereka dan cara ia membantu mereka memahami diri sendiri, masyarakat sekolah dan dunia yang lebih luas. Encik Jandrell mengagumi bagaimana para lepasan sekolah kami telah masing-masing berjaya dan menjadi individu yang matang dan waras, imaginatif, turut serta dan dengan kemahiran pelajar sepanjang hayat. Wawasannya terhadap sekolah dan kemahiran kepimpinannya semasa dekad ini adalah tertumpu kepada penambahbaikan bagi segala yang bagus di Sekolah kami.

Ibu bapa kepada seorang penuntut Tingkatan Enam yang telah meninggalkan kita baru-baru ini menulis...
"Anak kami telah bersama anda selama lebih daripada tujuh tahun dan telah semakin maju tahun demi tahun. Kami sangat gembira dengan pencapaian peperiksaan akademiknya. Apa yang sangat memuaskan adalah penjagaan kedesaan yang wujud untuk memberi sokongan kepada semua penuntut. Anda telah membentuk, dalam diri anak kami, seorang individu yang menyeluruh dan sangat bertimbang rasa. Queen Ethelburga's telah memastikan program perkembangan yang berterusan sejak anak kami memasuki sekolah ini. Ia bukan sahaja pada kemudahannya tetapi pada mutu, tenaga dan komitmen tenaga pengajarnya. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak kepada anda - ia merupakan tujuh tahun yang amat menyenangkan dan memuaskan.
Encik Peter & Isteri