Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Apa yang membuatkan QE begitu istimewa?

Brian R Martin FBIM. FInstD. FFA.
Pengerusi - Pemegang Amanah Khairat Kanan

Pada tahun 1990, saya dan keluarga saya telah berpindah dari Thorpe Underwood Hall untuk membolehkan Kolej tersebut ditempatkan semula dari Harrogate dan menjadi penghuni baru. Semenjak itu, Yayasan Khairat kami telah melabur, dan terus melabur pada setiap tahun, sejumlah besar modal dalam sumber baru. Maka, adakah itu sebabnya mengapa Kolej kami telah meningkat lebih daripada dua kali ganda bilangannya dan menjadi begitu cemerlang dari segi akademik, semuanya berpunca daripada kemudahan yang hebat yang dinikmati oleh para penuntut kami? Kemudahan kami sememangnya ya, tetapi ia merupakan sebahagian daripada jawapannya. Dalam beberapa tahun yang lalu, pelaburan besar kami dalam sumber akademik, asrama dan masa senggang yang baru telah memastikan agar para penuntut kami mendapat setiap peluang untuk berjaya, dengan lebih 97% daripada mereka mendapat tempat di Universiti. Sungguh menggembirakan, Kolej kami memiliki sejarah sebagai Sekolah Terbaik di UK bagi keputusan peperiksaan GCSE dan A-level menurut Sunday Times .

Sementara memastikan kemudahan kami adalah yang terbaik, kami telah berhati-hati untuk memastikan daya tarikan rumah desa lama tidak luput. Ramai ibu bapa terpegun apabila mendapati bilik darjah kami dihampari sepenuhnya dengan permaidani dan kesemua perabot bilik darjah telah dibuat khusus untuk kami. Kami sewajarnya mempunyai reputasi bahawa penginapan asrama dan penjagaan kami merupakan yang terbaik antara sekolah-sekolah swasta di Eropah.

Bagi para penuntut kami yang amat menggemari kuda, tiada sekolah swasta lain yang memiliki Pusat Menunggang Kuda yang luas dan mengagumkan. Kebenaran yang diberikan kepada para penuntut asrama untuk membawa kuda mereka ke sekolah telah menarik penuntut-penuntut dari serata dunia untuk ke Kolej kami.

Maka, sungguhpun benar para penuntut kami tidak memiliki sebarang kekurangan, masih ada seperkara lagi yang membentuk etos istimewa kami. Barangkali ini adalah kerana kami bukan sekolah yang besar dan setiap penuntut dilayan sebagai seorang individu. Ramai ibu bapa telah memberikan pendapat yang menyenangkan bahawa pendekatan akal bestari kami terhadap keperluan harian dan kemahuan anak-anak muda kami adalah berbeza dengan pendekatan stereotaip yang diambil oleh sesetengah sekolah lain.

Saya dan isteri saya terus tinggal di kampus dan pejabat saya adalah sebahagian daripada kawasan yang disebut sebagai Pengurusan Pusat. Penuntut-penuntut baru segera menyedari bahawa saya adalah seorang lelaki yang besar, tinggi dengan weskot berwarna-warni serta baju kemeja berkolar kepak, sementara isteri saya adalah seorang wanita dengan semua anjing Labrador nya! Oleh kerana kehidupan saya dan isteri tidak dapat dipisahkan daripada terikat dengan sekolah ini, kami nampak akan penjagaan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua kakitangan. Barangkali, perbezaannya adalah para kakitangan kami amat mengambil berat tentang segala yang berlaku terhadap penuntut-penuntut kami. Apabila perlu, disiplin yang munasabah dan adil akan membawa anak muda yang degil dan tidak terkawal kembali ke pangkal jalan. Hari yang lain, seorang ahli kakitangan kami akan bersusah-payah menghulurkan bantuan di mana-mana sahaja yang diperlukan.

Para ibu bapa dan penuntut mendapati ini sungguh menenangkan bahawa mereka boleh berbicara dengan mana-mana kakitangan dengan mudah. Saya berpuas hati dengan kakitangan kami yang berusaha untuk bekerja secara bergandingan dengan ibu bapa. Pada dasarnya, masyarakat Queen Ethelburga's College adalah bak sebuah keluarga. Sebagai sekolah yang berorientasikan keluarga, kami amat berbangga dengan anak-anak kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mereka. Kami memberi mereka tunjuk ajar sekiranya perlu dan kami bergembira apabila melihat kanak-kanak itu telah matang dan melangkah ke dunia yang lebih luas sebagai seorang anak muda meningkat dewasa yang berkeyakinan dan berjaya. Untuk mencuba menetapkan etos kami dalam bahagian tertentu adalah agak mustahil. Memadai dengan mengatakan bahawa dengan menjadi agak berbeza dan amat istimewa begitu berkesan terhadap para penuntut kami.

Brian R Martin
Pemegang Amanah Utama
Pengerusi Gabenor

Seorang orang tua kepada pelajar menulis:
"Anda kelihatan begitu mahir menerima anak-anak yang mempunyai kepintaran yang sederhana dan meningkatkan keupayaan akademik mereka sehingga menjadi antara yang terbaik"