Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Mengapa datang ke England dan Queen Ethelburga’s bagi pendidikan anda?

Para penuntut luar negeri yang menyertai kami lazimnya cepat membiasakan diri dan berasa gembira. Jelas sekali, jika anak anda telah berpeluang untuk berkunjung ke negara lain semasa hayat mereka, ini akan membuatkan mereka berasa lebih yakin.

Para ibu bapa dari luar United Kingdom memiliki pelbagai sebab memilih pendidikan Inggeris di Queen Ethelburga’s bagi anak-anak mereka. Ramai yang menganggap taraf pendidikan Inggeris adalah lebih tinggi dan pendidikan yang diberikan adalah jauh lebih bermutu daripada apa yang boleh didapati di tempat mereka sendiri. Sebilangan besar ibu bapa berhasrat agar anak mereka menjadi fasih sepenuhnya dalam pertuturan dan penulisan. Sesetengahnya berkehendakkan anak mereka memasuki Universiti Inggeris dan menyedari bahawa ia akan lebih mudah jika mereka mendapat pendidikan di England. Sebilangan kecil menyertai kami semata-mata kerana kemudahan Menunggang Kuda ( Equestrian ).

Sebahagian daripada para ibu bapa tinggal di negara yang mana iklim politiknya tidak semantap seperti yang mereka ingini atau tidak seselamat seperti yang mereka harapkan untuk anak-anak mereka. Sebahagian daripada para ibu bapa merupakan orang kenamaan di negara mereka sendiri oleh kerana pelbagai sebab, dan mahukan anak mereka diperlakukan seperti orang biasa, yang mungkin tidak dapat dilakukan di tempat mereka sendiri. Sebilangan ibu bapa memilih pendidikan Inggeris sebab kami percaya akan etika kerja yang bertanggungjawab dan tulus di mana pelajar-pelajar kami mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dan mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Segelintir ibu bapa mahukan anak mereka menjadi “ala barat”. Mereka tidak mahu anak mereka kehilangan asas budaya peribadi mereka sendiri tetapi menyedari bahawa dalam golongan perniagaan antarabangsa, keupayaan memahami dan berasa selesa serta yakin apabila bergaul dengan orang barat lain akan memberi kelebihan yang nyata dalam kehidupan mereka kelak.

Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan seluruh dunia. Keupayaan untuk bertutur dan memahami bahasa Inggeris bukanlah isu yang terpenting sekali. Jika ini yang anda mahu, dengan mudah anak anda boleh mempelajari bahasa Inggeris di sekolah mereka sendiri atau mengaturnya secara persendirian di tempat anda tinggal. Walaupun dengan mengamalkan pendekatan ini akan memberikan anda sebahagian daripada apa yang anda cari, tetapi ia tidak memberikan anda segala-galanya.

Orang Inggeris dianggap oleh sebahagian orang sebagai bangsa yang tersendiri. Kami memiliki sistem kerajaan demokrasi tetapi ia tidak begitu menonjol terserlah atau ranggi seperti Amerika barangkali. Cara orang Inggeris adalah untuk mencapai sesuatu secara diam-diam, tanpa kekecohan dan mulia. Seorang Inggeris yang sejati adalah bersopan santun dan tidak banyak bercakap. Jenaka orang Inggeris jarang dapat difahami oleh siapa pun jua dari seluruh dunia kecuali mereka telah menghabiskan masa di England selama beberapa tahun. Pada dasarnya, anda hanya boleh memahami dengan betul gaya kehidupan orang Inggeris jika anda tinggal di England buat beberapa tahun.

Anak anda akan mendapat kebaikan dan akan mencapai sebahagian besar apa yang anda kehendaki untuk mereka dengan menyertakannya bersama kami selama dua tahun di Tingkatan Enam sebelum meneruskan pengajian ke Universiti. Namun begitu, ramai ibu bapa kini menghantar anak mereka ke Queen Ethelburga’s ketika berusia 8 tahun, 11 tahun atau 13 tahun. Lebih lama seseorang anak itu menghabiskan masa bersama kami, lebih baik pencapaiannya dan lebih berguna pengalamannya ini buat kehidupannya di masa hadapan.