Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Thorpe Underwood Hall

Terletak betul-betul di pusat kampus yang cukup hebat ini ialah Thorpe Underwood Hall dengan segala kemudahan moden yang tersedia di dalamnya. Lokasi kami terletak dengan baik sekali di antara bandar Harrogate dengan bandar raya York. Telah lebih 1,000 tahun terdapat bangunan di tapak kami.

Pada tahun 1292, Biara Fountains Abbey menghuni Thorpe Underwood Hall, yang dipilih oleh Ketua Biara dan para biarawannya sebagai tempat penenang jiwa. Sebuah kolam bersejarah berbentuk bulat masih ada sampai sekarang dan telah dipulihkan dan dicantikkan semula. Dahulu, para Biarawan menggunakan ikan di dalamnya sebagai satu sumber makanan yang tidak putus-putus bagi diri mereka dan para pengunjung biara.

Sewaktu abad ke-19, penulis yang tersohor ke seluruh dunia iaitu Anne Brontë pernah menetap dan mengajar di situ buat beberapa waktu. Selepas bangunan itu musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1895, William Aneley dari York, seorang jurubina Inggeris yang terkenal membina bangunan yang ada sekarang mengikut reka bentuk gaya Tudor. Arkitek Diraja, Walter H. Brierley, memenangi anugerah seni bina atas reka bentuk yang dihasilkannya bagi pembinaan Dewan yang kita gunakan pada hari ini.

Banyak daripada alang kayu oak dari bangunan lama dapat diselamatkan daripada kebakaran besar tersebut digunakan semula dalam pembinaan dewan utama manakala kerja pemahatan batunya dikatakan berasal usul daripada era Rom. Bagi mereka yang meminati sejarah serta bangunan-bangunan yang indah, Thorpe Underwood Hall memang terkenal di seantero dunia dan pihak kami sering meraikan para pengunjung luar negeri yang mengkaji kehidupan penulis terkenal, Anne Brontë.

Kampus yang terletak di Ladang Thorpe Underwood Hall meliputi kawasan luas yang merangkumi kawasan desa Inggeris yang cantik, termasuk sebuah taman tertutup yakni taman ‘rahsia’, sebuah taman ros yang formal dengan air pancutan dan kawasan laman rumput menghijau yang cukup luas. Sepasukan pekerja kebun memastikan keseluruhan tapak dijaga penuh rapi agar sentiasa dalam keadaan hebat dan menyenangkan pandangan.

Sebagai asas bagi persekitaran persekolahan yang selamat serta gembira, kampus Thorpe Underwood Hall amat terbilang dan amat sukar ditandingi.

Penting juga diambil kira bahawa kedudukan kami di sini jauh daripada punca jenayah dan keadaan tidak menyenangkan sebagaimana yang sering dikaitkan dengan bandar-bandar raya besar. Ini merupakan sebab utama mengapa ramai ibu bapa dari luar negeri memilih kami. Kampus kami selamat dan terkawal. Amat kurang kemungkinannya para pelajar kami akan terlibat dengan masalah yang terdapat di sesetengah sekolah lain.

Semudah manakah untuk membawa anda ke sini?

Kami dihubungkan dengan mudah melalui JALAN RAYA, REL & UDARA.

Para pelajar menyertai kami daripada seluruh pelosok UK dan juga luar negeri.

► JALAN RAYA ● 10 minit - A1(M) ● 15 minit - York/Harrogate ● 30 minit - Leeds ● 35 minit - M1/M6

DARI A1(M)

Keluar dari A1(M) di simpang 47 bertanda York/Harrogate. Ikuti A59 (York) sejauh 3 batu sebelum belok kiri ke B6265 (Boroughbridge). Ikuti B6265 sejauh 1½ batu dan perhatikan papan tanda ke QE di sebelah kanan. Ambil simpang ke kanan dan ikuti jalan ini sejauh 1 batu (awasi selekoh tajam dan kenderaan hadapan) sehingga anda sampai ke tempat letak kereta utama (Pintu B).

DARI YORK

Keluar dari York menggunakan A59 dan ikuti arahan ke Harrogate. Teruskan perjalanan sejauh 9 batu. Di sebelah kiri jalan terdapat hentian A59 (Little Chef/stesen petrol Q8). 1½ batu selepas hentian ini, di sebelah kanan jalan, ialah simpang B6265 (Boroughbridge). Belok kanan dan ikuti B6265 sejauh 1½ batu dan perhatikan papan tanda ke QE di sebelah kanan. Ambil simpang ke kanan dan ikuti jalan ini sejauh 1 batu (awasi selekoh tajam dan kenderaan hadapan) sehingga anda sampai ke tempat letak kereta utama (Pintu B).

► Terdapat penerbangan Antarabangsa terus ke

Leeds/Bradford (Kami berada 30 minit dari lapangan terbang ini)

Liverpool (Kami berada 100 minit dari lapangan terbang ini)

London (Kami berada 110 minit dari lapangan terbang ini)

Manchester (Kami berada 75 minit dari lapangan terbang ini)

Newcastle (Kami berada 100 minit dari lapangan terbang ini)

Kolej boleh menguruskan pengangkutan dari atau ke semua lapangan terbang dan stesen kereta api.

► REL

(York InterCity) ● 100 minit-London ● 100 minit-Manchester ● 150 minit-Edinburgh

Kami berada di Yorkshire…

Selama lebih 2000 tahun, Yorkshire cukup berani membezakan dirinya. Pernah suatu ketika dahulu mempunyai kerajaannya sendiri, daerah paling besar di England ini sentiasa memelihara keunikannya yang tersendiri. Sebagai “tempat hebat yang sukar ditandingi”, kekuatan sejarah serta kebanggaan penduduk tempatan menjadikan tempat ini “luar biasa” sekali. Yorkshire “sememangnya indah luhur”. Mur yang tinggi, bukit yang berhutan serta daerah perladangan dihiasi dengan peninggalan kota dan biara lama, kediaman yang besar serta taman-taman yang cantik. Tiga buah Taman Negara: Yorkshire Dales, Peak District dan North York Moors memelihara lebih daripada 1000 batu persegi daerah yang amat sesuai sekali untuk berjalan kaki.

Keindahan tepian pantai memang sukar untuk ditandingi. Pantai yang kekuningan, cenuram yang hebat serta tempat peranginan Inggeris yang menawan. Scarborough, Bridlington dan Cleethorpes ceria dengan kehidupan; Whitby merupakan pelabuhan yang bersejarah manakala Filey dan Hornsea secara tradisinya begitu popular dan kekal sedemikian. Kehebatan Yorkshire sungguh “berinspirasi” sekali. Keluarga Brontes dari Haworth. Mendiang Penyajak Agung Ted Hughes. Pengukir Henry Moore. Artis David Hockney. Komposer Delius, kumpulan koir yang mantap dan pasukan pancaragam yang terbaik di dunia. Semua mereka mempunyai wawasannya yang tersendiri.

Wawasan Yorkshire mengubah dunia. Kapten Cook mempelajari kemahirannya di Whitby dan belayar mengelilingi dunia dengan bot collier Yorkshire. William Wilberforce melangkah keluar dari Hull untuk menghapuskan hamba abdi. South Pennines adalah tempat kelahiran Revolusi Industri dan kekuatan industri kami menjadikan Britain sebuah kuasa dunia. York, kubu kuat Roman dan ibu negeri Viking, merupakan bandar raya purba yang terhebat di Eropah. Tempat ini juga bergaya dan meriangkan.