Kami adalah pilihan yang lebih baik...
Menghantar anak anda ke Sekolah di England yang dipenuhi oleh kanak-kanak dari luar negeri adalah tidak bijak kerana mereka langsung tidak akan dapat bergaul dengan kanak-kanak berbangsa Inggeris untuk dimanfaatkan sebagai pengalaman mereka belajar di Sekolah Inggeris.
Begitu juga keadaannya dengan menghantar anak anda ke sebuah Sekolah di England di mana hanya terdapat sebilangan kecil kanak-kanak dari luar negeri kerana ini akan membuat anak anda terasa tersisih dan terlalu menonjol. Kakitangan dan sistem Sekolah juga tidak akan mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menjaga dengan sebaiknya dan memenuhi kehendak berbeza kanak-kanak dari luar negeri ini.
Di Queen Ethelburga's College, kami sentiasa berusaha mendapatkan keseimbangan yang benar-benar sesuai antara kanak-kanak berbangsa Inggeris dan luar negeri. Dalam sesetengah Kumpulan Tahun, kadar penuntut berbangsa Inggeris lazimnya adalah kira-kira tiga perempat berbanding seperempat penuntut dari luar negeri dan pada kumpulan tahun yang lain, secara umum, nisbahnya adalah separuh penuntut berbangsa Inggeris dan separuh penuntut luar negeri.
Perhatian terhadap mengekalkan keseimbangan yang baik akan memanfaatkan semua. Bilangan penuntut berbangsa Inggeris adalah lebih daripada mencukupi demi memastikan agar ketibaan anak anda ke England dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Terdapat juga penuntut-penuntut lain yang berasal dari negara yang sama dengannya yang membuatkan anak anda tidak akan berasa tersisih atau keseorangan.
Queen Ethelburga's College telah memperoleh reputasi antarabangsa sebagai pilihan pertama bagi ramai ibu bapa yang menginginkan yang terbaik bagi anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kami juga boleh menawarkan barisan budaya yang pelbagai demi menampilkan daya tarikan antarabangsa.
Ibu bapa para penuntut dari seluruh dunia yang menuntut di Queen Ethelburga’s adalah terdiri dari para Ahli Perniagaan Antarabangsa, Diplomat, Kerabat Diraja, Ahli Politik, Peguam Cara, Doktor, Pemimpin Negara, Kakitangan Bangsa-bangsa Bersatu, Kakitangan Kanan Kerajaan dan Tentera. Tatkala kanak-kanak ini bergaul, persahabatan sepanjang hayat akan terbentuk dan hubungan terbina yang telah terbukti sangat berkuasa dan berguna kepada kehidupan mereka kelak.
Penting bagi Umur dan Tahun |
Tajuk Tahun |
Anggaran Usia |
Jadual Peperiksaan |
Tahun 1 |
5/6 tahun |
|
Tahun 2 |
6/7 tahun |
Ujian Peringkat Penting 1 |
Tahun 3 |
7/8 tahun |
|
Tahun 4 |
8/9 tahun |
|
Tahun 5 |
9/10 tahun |
|
Tahun 6 |
10/11 tahun |
Ujian Peringkat Penting 2 |
Tahun 7 |
11/12 tahun |
|
Tahun 8 |
12/13 tahun |
|
Tahun 9 |
13/14 tahun |
Ujian Peringkat Penting 3 |
Tahun 10 |
14/15 tahun |
Tahun GCSE |
Tahun 11 |
15/16 tahun |
Tahun 12 |
16/17 tahun |
A-level Tingkatan Enam |
Tahun 13 |
17/18 tahun |
|