Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

50 + sebab untuk memilih Queen Ethelburga’s College

► Hampir 100% daripada pelajar A-level Tingkatan Enam Atas melanjutkan pelajaran di Universiti atau Institut Pengajian Tinggi

► Tapak selamat yang jauh dari masalah sosial di pertengahan bandar atau pusat bandar

► Pelaburan yang besar bagi kemudahan terbaik yang bermutu tinggi (£20,000,000 bagi tempoh tujuh tahun yang lepas)

► Program peningkatan dan penambahan kemudahan yang berterusan

► Sekolah yang tumbuh dan berkembang pesat, dengan sokongan kewangan yang kukuh

► Cuti pada hari Sabtu

► Sekolah yang tidak asing lagi dan disegani ramai, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

► Reputasi untuk mencapai kejayaan akademik lebih baik daripada keputusan sederhana bagi

pelajarnya

► Web akademik, perniagaan dan ‘hubungan’ bekas pelajar dari seluruh dunia dapat membantu pelajar kami mara dengan sempurna dalam kerjaya pilihan mereka.

► Sekolah yang menghormati dan berhubung dengan ibu bapa dan bukan sekadar bertolak ansur dengan mereka

► Sekolah yang yakin bahawa setiap pelajar mampu mencapai kecemerlangan

► Guru besar yang bersikap prihatin

► Kemampuan membayar yuran sekolah melalui bayaran arahan bulanan atau kad kredit

► Sekolah yang yakin tentang pendekatan berdisiplin, yang dikuatkuasakan dengan empati

► Sekolah dengan pelajar yang selepas tamat pengajiannya memiliki keyakinan, keghairahan, sikap prihatin dan azam untuk berjaya dalam kerjaya masing-masing

► Persekitaran yang menyeronokkan dan kampus terbaik yang bermutu tinggi yang menelan belanja yang tinggi untuk memastikan kampus berada dalam keadaan yang terbaik

► Telefon di dalam setiap bilik tidur

► TV/video (dengan penentu masa) di setiap bilik tidur

► Bilik kesihatan yang berlainan bagi semua peringkat umur

► Tapak 100 ekar

► Mata pelajaran Perancis, Jerman dan Sepanyol dari usia 11 hingga ke A-level

► Mata pelajaran Sains yang berasingan, setiap kelas dengan makmal berkelengkapan penuh

► Rangkaian lebih daripada 200 komputer multimedia Pentium yang canggih.

► Akses internet (ditapis)

► Memiliki kumpulan bas kami yang tersendiri

► Kereta api dari York dan Harrogate berhenti berhampiran

► Pelajar yang tinggal di asrama boleh membawa haiwan peliharaan kecil mereka

► Pusat menunggang kuda dengan 185 bangsal kuda

► Program penuh untuk kegiatan selepas sekolah

► Pembelajaran selepas sekolah yang diselia

► Pelajar melanjutkan pelajaran ke Oxbridge dan universiti ternama yang lain

► Pelajar mengambil sehingga 5 mata pelajaran A-level

► Pelajar boleh mengambil Kursus Asas Masakan Leith’s Cordon Bleu

► Pelajar boleh mengambil Kursus BHSAI sehingga PTT

► Guru berijazah yang berkelayakan dalam semua mata pelajaran

► Nasihat kerjaya dan keahlian ISCO

► Dewan sukan, bilik kesihatan dan rangkaian bilik sauna

► Tuisyen menunggang kuda oleh peserta Olimpik

► Mengambil berat terhadap setiap pelajar sebagai seorang individu

► Pemenang anugerah Kumpulan Usahawan Muda

► Anugerah Duke of Edinburgh bagi standard emas

► Majlis tari-menari pada musim panas

► Acara sosial lazim diadakan

► Sekolah mempunyai Chaplain nya yang tersendiri

► Lawatan dan kunjungan yang lazim ke York dan lain-lain tarikan tempatan

► Pengering rambut dan rel tuala panas di semua bilik tidur

► Pilihan bagi A-level dan GCSE diubah setiap tahun mengikut keperluan pelajar

► Kemudahan berhawa dingin yang luas yang boleh muat 1,000 orang

► Pertukaran mata wang dan pengaturan penerbangan

► Persatuan Bekas Penuntut Ethelburga’s yang berkembang maju dan majlis pertemuan sering diadakan

► Akses percuma kepada perpustakaan yang dilengkapi dengan 400 filem video

► Kejayaan akademik yang konsisten, pada semua peringkat umur, jauh melebihi purata kebangsaan