Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Beberapa kemudahan di kampus kami

► Pusat Komputer, Perniagaan dan Media dengan 56 buah komputer multimedia Pentium , perkhidmatan langsung ISDN, akses Internet dan pencetak laser. Pusat Pengajian Perniagaan dengan berita perniagaan dan dunia yang terkini melalui satelit. Kawasan penyuntingan dan penerbitan untuk pengeluaran dan penulisan akhbar/majalah.

► Bilik kegunaan bersama yang berhawa dingin sepenuhnya bagi pelajar Tingkatan Enam, kerusi kulit, dua televisyen besar, sistem bunyi 8 pembesar suara, Sistem Muzik, dua komputer/e-mel, telefon, peti sejuk, kemudahan minuman panas dan mesin basuh pinggan mangkuk.

► Kawasan kerjaya, dilengkapi sepenuhnya dengan bahan relevan dan yang banyak memberikan maklumat serta juga komputer multimedia Pentium dengan akses kepada maklumat menyeluruh mengenai kerjaya dan kursus universiti. Bantuan/bimbingan daripada kakitangan disediakan pada setiap hari kerja. Keahlian ISCO.

► Perpustakaan berpanel oak yang terbaik (dengan perkhidmatan pustakawan tetap), baru-baru ini dipertingkatkan dengan pembelian lebih daripada 3,500 buku rujukan dan komputer multimedia yang baru. Bilik membaca yang berasingan untuk pelajar bukan Tingkatan Enam, dengan tempat duduk yang mengikut gaya universiti.

► Bilik bacaan peribadi bagi pelajar Tingkatan Enam yang boleh memuatkan empat puluh pelajar dalam gaya perpustakaan universiti. Bilik makan berpanel oak yang rasmi bagi pelajar Tingkatan Enam yang makan di dalam, petang pidato, dihiasi lelangit dengan lepaan Wedgwood yang halus dan tempat duduk bagi lima puluh pelajar dan tetamu, yang dilengkapi dengan kutleri perak.

► Tempat letak kereta yang luas untuk 350 buah kereta diterangi oleh lampu sorot .

► Pusat Drama/Dewan Brontë – dengan tempat duduk untuk 200 orang, lengkap dengan pentas, langsir elektrik, pencahayaan teater yang lengkap, sistem bunyi dengan kemudahan radio-mikrofon, keupayaan pengeluaran video litar tertutup dan liputan visual monitor berwarna untuk semua penonton, berhawa dingin, kalis bunyi, dengan pusat kawalan elektronik.

► Dapur moden dan dewan makan utama bagi sajian. Bakeri piza dalam bangunan. Dua pilihan sajian panas setiap hari, sajian vegetarian dan pelbagai pilihan salad. Tinjauan lazim dijalankan untuk mengetahui apa yang popular dan yang sebaliknya, memastikan menu dipelbagaikan dan dinikmati.

► Dewan Bistro dan kedai ais krim dengan dapur profesional bagi penggunaan kakitangan dan pelajar atau rekaan makanan istimewa bagi jamuan makan lewat malam antarabangsa.

► Dewan makan dengan dua ratus tempat duduk dilengkapi dengan pembakar 4 keping roti di setiap meja. (jika anda pernah menghadiri sekolah berasrama anda pasti tahu kenapa ia begitu popular pada waktu sarapan). Mesin ais, mesin air sejuk, mesin gelombang mikro bagi penggunaan para pelajar. Ruang istirahat selesa untuk lima puluh orang, lengkap dengan pelbagai akhbar harian dan majalah. Catur dan permainan berpapan yang lain.

► Kolam renang dalam bangunan untuk bersantai, yang sentiasa dipanaskan ke suhu 28°C. Gelongsor air yang kecil. Empat puluh tempat bersantai di tepi kolam renang. Kami mengadakan jamuan sarapan tengah hari pada hari Ahad, dua kali setiap penggal, di mana para pelajar dibenarkan bangun lewat dan menikmati sajian sarapan/makan tengah hari disertakan permainan. Kami juga menyediakan ular terapung yang besar untuk mengetahui sama ada mereka boleh kekal duduk di atasnya.

► Sauna di tepi kolam renang untuk penggunaan pelajar Tingkatan Enam. Kami juga mempunyai dua solarium komersial yang besar yang boleh digunakan oleh pelajar dengan kebenaran ibu bapa mereka.

► Pusat kesihatan yang lengkap dengan dua belas mesin senaman berlainan, termasuk trek larian elektronik. Bilik juga lengkap dengan kemudahan aerobik disertakan dengan persembahan video. Tambahan pula, kami menyediakan cermin kaca balet yang diperteguh, selebar dinding dan palang balet dwi-paras.

► Gimnasium kami berupaya meliputi pelbagai jenis sukan dan kegiatan dengan semua peralatan yang anda dapat ingat dari zaman remaja anda – palang dinding, tali, kekuda lombol dan sebagainya. Bilik luas ini juga boleh digunakan sebagai teater beranjung dengan 500 tempat duduk.

► Teater syarahan menurut gaya universiti, yang baru dipasang dengan 140 tempat duduk selesa yang lengkap dengan meja tulis yang lebar. Layar penayangan video yang besar, sistem bunyi stereo yang lengkap, lampu, tetingkat atau rostrum, dan sebagainya, yang bermakna bilik ini mempunyai pelbagai kegunaan – untuk pidato umum dalam, ahli pidato kerjaya undangan khas, mesyuarat dan sebagainya.

► Kedai Jual Beli – kedai sekolah. Kami menyediakan rangkaian pakaian seragam baru dan juga yang terpakai serta lebih daripada 200 barangan berlainan yang bukan mahal: pen, kertas, permainan, mainan dan pilihan buku yang luas.

► 5 gelanggang tenis serba cuaca yang diterangi oleh lampu sorot, juga boleh digunakan sebagai tiga gelanggang bola jaring.

Kemudahan yang selebihnya di kampus kami

► Telefon awam digital yang ditempatkan di sekitar tapak kampus. Kemudahan menghantar dan menerima faks bagi semua pelajar – amat berguna terutamanya bagi ibu bapa yang berada di luar negeri – dan untuk menghantar dan menerima e-mel.

► Pusat Sains dengan tiga makmal yang mempunyai semua kelengkapan termasuk kawasan penyediaan.

► Pusat Ilmu Tadbir Rumah Tangga dengan semua kelengkapan dapur mini, yang bertaraf antarabangsa. Berhawa dingin.

► Lebih 40 pusat sumber dan pengajaran lain yang bermutu tinggi.

► Kampus dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan pintu berkunci di semua pintu masuk. TV litar tertutup dipasang untuk melindungi pekarangan kampus. Terdapat lebih 350 lampu luar yang dibuka SEPANJANG malam. Dengan demikian, para pelajar boleh menjalankan kegiatan harian di kampus dengan selesa, dengan mengetahui bahawa kami mengutamakan keselamatan mereka.

► Tempat letak bas/koc yang berasingan bagi semua bas sekolah kami dan bas sekolah lain yang melawat. Dapat menampung 15 buah bas besar, dengan lintasan belang dan tempat mengambil penumpang. Diterangi sepenuhnya.

► Empat padang sukan bersaiz penuh, dua gelanggang bola keranjang/bola jaring serba cuaca, dua puluh jaring untuk latihan raunders/kriket, balapan larian dan tiga gelanggang bola tampar, padang bola sepak, kriket, hoki yang mana kesemuanya ini diterangi oleh lampu sorot.

► Kelab Collegiate : Bar bagi pelajar Tingkatan Enam untuk digunakan bagi acara sosial dan acara dalam yang lain; dengan penyeliaan yang baik. Juga bagi ibu bapa/ tetamu untuk majlis dan persidangan utama.

► Semua bilik salin mengikut standard kelab sukan. Bilik mandi dengan air panas yang mencukupi. Setiap bilik salin juga mempunyai tandas.

► Pusat Bahasa. Makmal bahasa dengan kawalan komputer sepenuhnya bagi lapan belas orang. Komputer multimedia bagi pembelajaran bahasa dan rujukan. Semua bilik darjah bahasa boleh menerima penghantaran satelit bagi berbagai bahasa asing secara serentak.

► Pusat Seni. Tempat untuk reka bentuk bantuan komputer, termasuk kawasan lain untuk melukis, membuat arca, fotografi, dan sebagainya.

► Kawasan permainan luar bagi catur dan dam, serta permainan kroket di Taman Rahsia.

► Gereja kecil dengan 200 tempat duduk. Pusat bagi perhimpunan pagi dan sembahyang.

► Pusat Muzik. Bilik darjah keyboard dengan 18 keyboard individu, studio muzik untuk berlatih, belajar dan rakaman. Bilik Ensembel bagi menjalankan tugas dan tuisyen dalam kumpulan kecil. Banyak bilik latihan. Pejabat muzik pusat.

► Pusat perubatan dengan semua kelengkapan dan dikendalikan oleh seorang jururawat.

► Kumpulan bas sekolah moden yang diservis dengan sempurna, dilengkapi dengan tali pinggang keledar bagi setiap penumpang.

► Sistem penggera api yang lengkap dan moden dengan pengesan asap/penderia haba di dalam SETIAP bilik darjah, bilik tidur, almari, koridor dan sebagainya.

► Mesin untuk pertukaran wang kecil bagi telefon, mesin setem, kantin dan mesin minuman dingin, penghancur tin aluminium bagi pengitaran semula.

► Kotak Buli. Kami mempunyai Piagam Pelajar dan semua kakitangan sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang tanda membuli, walaupun ia jarang-jarang berlaku. Pelajar mendapati adalah mudah bercakap dengan kakitangan dan kejadian yang berlaku sekali-sekala diselesaikan melalui cara ini. Kotak buli diletak di tempat yang agak tersorok agar para pelajar dapat memasukkan nota, tanpa pengetahuan sesiapa, mengenai apa atau siapa yang menyusahkan mereka.

► Tempat Pendaratan Helikopter.