Asrama merupakan pilihan popular
Menginap di Queen Ethelburga’s adalah yang terbaik….
“Sejak saya ke mari, saya semakin cemerlang di dalam kelas, kawan pun semakin ramai dan saya merasa sungguh seronok.”' Penghuni budak lelaki berumur 17 tahun
“Tempat ini hebat sungguh. Bilik tidur saya cukup menarik. Semua kawan saya pun turut bersetuju dan kami memberikan markah penuh 11 daripada 10.” Penghuni budak perempuan berumur 13 tahun.
“Kami berdua suka tinggal di sini!” Adik lelaki & kakak (5 dan 11 tahun)
… dan siapalah kami untuk meragui sentimen mereka ini.
Bermutu tinggi
Penginapan di asrama kini sangat telus. Maksud kami ialah penginapan di Queen Ethelburga’s merupakan satu tempat yang cukup terbuka. Oleh kerana ramai orang di UK menganggap kami sebagai sekolah berasrama terulung di negara ini, kami kerap menerima para pengunjung, antaranya bakal ibu bapa dan pelajar, ibu bapa dan penjaga sedia ada, pemeriksa, perunding, pemberita, ahli pentadbiran negara dan tempatan serta pembuat program televisyen. Ketelusan ini bermakna kualiti Queen Ethelburga’s terserlah dan diketahui oleh semua yang menunjukkan minat mereka terhadap apa yang kami tawarkan.
Peluang menginap di asrama
Apakah yang ditawarkan di asrama Queen Ethelburga’s? Yang paling utama ialah kami menyediakan untuk ibu bapa dan para pelajar pelbagai pilihan penginapan.
Asrama penuh
Majoriti pelajar lelaki dan perempuan yang tinggal di kampus membuat pilihan ini. Asrama penuh memberikan para pelajar peluang tinggal di Kolej sepanjang penggal. Para pelajar boleh melawat ibu bapa atau saudara-mara selang hujung minggu jika mahu. Kami komited menyediakan kehidupan yang seimbang dan terangkum bagi bilangan pelajar yang semakin bertambah di asrama. Serta selain daripada membina kemahiran akademik, para pelajar kami juga mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan tambahan seperti lawatan ke pusat tarikan pelancong, menonton wayang, membeli-belah, bersukan, berenang, seni, drama dan muzik.
Tiada istilah jemu dalam kehidupan di sini!
Fleksibiliti, kawan-kawan dan keseronokan
Penginapan mingguan
Pilihan ini hanya disediakan untuk ibu bapa yang tinggal di United Kingdom. Penginapan asrama mingguan ialah penginapan asrama penuh semasa minggu kerja dengan kualiti dan peluang yang sama kecuali setiap hujung minggu para pelajar akan pulang ke rumah sama ada pada petang hari Jumaat atau selepas komitmen akademik dan sukan pada hari Sabtu. Sesetengah keluarga memilih penginapan asrama mingguan kerana kedua-dua ibu bapa mempunyai kerjaya yang mencabar. Mereka dapati masa yang diluangkan untuk anak-anak mereka di hujung minggu memberikan mereka peluang bercakap dan sama-sama aktif, iaitu sesuatu yang tidak mungkin berlaku semasa minggu biasa.
Ibu bapa yang lain pula membuat pilihan ini disebabkan oleh perjalanan ulang alik ke sekolah serta sebarang kegiatan luar sekolah bermakna masa yang banyak perlu dihabiskan di dalam kereta. Banyak keluarga telah mengira masa dan wang mereka dan mendapati tinggal di asrama sama ada penuh atau mingguan, merupakan pilihan yang lebih baik dari segi bajet keluarga dan penggunaan masa.
Asrama-fleksi
Bentuk penginapan asrama yang terbaru ialah asrama-fleksi di mana para pelajar dan keluarga mereka mungkin memilih untuk tinggal di asrama secara ad-hoc. Asrama-fleksi membolehkan ibu bapa berpergian semalaman dan mengetahui bahawa anak mereka berada dalam persekitaran yang selamat dan berjaga di mana mereka boleh meneruskan kegiatan akademik dan luar kurikulum mereka. Pilihan ini hanya boleh digunakan oleh ibu bapa yang tinggal berdekatan Kolej.
Anak-anak Tentera
Kami mengalu-alukan anak-anak keluarga tentera sebagai penghuni. Salah seorang daripada anak Pengetua kami berkhidmat dalam tentera dan beliau berada dalam kedudukan yang sesuai untuk mengetahui tentang perkara yang menjadi perhatian keluarga tentera di mana anda mungkin perlu berpindah dengan notis yang singkat atau tiada langsung notis diberikan. Para isteri warga tentera perlu menguruskan rumah tangga semasa para suami mereka pergi bertugas tanpa keluarga. Mempunyai anak-anak di mana Pengetuanya benar-benar menghargai kehidupan tentera moden amatlah membantu. Kami mempunyai ramai pelajar di mana ibu atau bapa mereka menjadi sebahagian daripada anggota Tentera di negara asal mereka atau yang bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Penjagaan yang terbaik, kemudahan yang hebat
Asrama Tingkatan Enam
Terdapat peningkatan bilangan anak muda yang memilih untuk tinggal di asrama semasa Tingkatan Enam sebagai pilihan positif persediaan pra-universiti. Kediaman Tingkatan Enam kami merupakan persekitaran pra-universiti di mana penjaga asrama boleh menumpukan tenaga mereka dalam membantu para pelajar Tingkatan Enam bersedia untuk universiti dan di mana mereka perlu lebih bergantung kepada keupayaan diri masing-masing.
Tinggal di asrama semasa Tingkatan Enam membina amalan belajar yang baik terutama sekali dorongan diri, pengurusan masa dan pengurusan diri sendiri dari segi keperluan domestik. Masa berkualiti yang dihabiskan di kediaman tingkatan enam kami bermakna terdapat perbincangan mendalam dan berterusan tentang kerjaya dan permohonan universiti. Terdapat bukti jelas daripada universiti yang menunjukkan mereka yang tinggal di asrama semasa Tingkatan Enam lebih maju sepanjang tempoh pembelajaran mereka di universiti. Seperti mana yang disahkan oleh seorang penghuni berumur 17 tahun di dalam satu kajian, “Menginap di asrama semasa Tingkatan Enam adalah persediaan yang hebat untuk ke universiti.”
Memilih menginap di asrama
Tetapi kenapa asrama? Para pelajar sendirilah yang paling sesuai menjawab soalan ini. Daripada kajian terkini kami dan pengalaman kami berbicara dengan para penginap, kami mengatakan bahawa mereka mempunyai banyak sebab untuk menghargai pengalaman mereka di asrama. Mereka menghargai persahabatan istimewa yang dibentuk semasa di Queen Ethelburga’s dan biasanya akan kekal bersahabat baik dengan rakan seasrama mereka sehinggalah mereka dewasa dan kadang-kala untuk selamanya.
Mereka juga belajar menghargai kualiti dan nilai hidup bermasyarakat dan pelajaran yang diperoleh tentang perhubungan dalam keluarga besar seperti yang terdapat di Queen Ethelburga’s. Mereka menjadi lebih berdikari dan berkeyakinan.
Ramai pelajar memilih untuk tinggal di asrama kerana mereka tahu bahawa semua minat dan kegiatan mereka terdapat di Kolej dan mereka tidak perlu berulang-alik dalam kesesakan lalu lintas untuk membangunkan minat tambahan mereka. Ramai ibu bapa memilih penginapan asrama kerana selepas mengira bajet, mereka dapati ia berbaloi dengan bayaran terutama sekali jika seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai kerjaya profesional.