Kami tidak malu mengatakan bahawa kami mengambil berat dan prihatin
Pertalian yang erat di antara rumah dan Kolej dikekalkan. Kami mungkin juga menghantar gambar anak anda membuat persembahan drama atau bersukan melalui e-mel jika anda tinggal di luar negeri. Kami percaya tahap keprihatinan yang tinggi sangat penting dan kebanyakan ibu bapa menyukai kepekaan kami untuk memastikan keadaan di kampus “selamat”.
Di setiap tingkat, terdapat ruang dapur yang selesa dengan video/televisyen satelit 20 saluran dan pusat muzik. Kami berusaha untuk menjadikan semuanya selesa bagaikan di rumah sendiri. Para pelajar boleh membawa binatang kecil peliharaan mereka seperti arnab, gerbil , tikus Belanda atau ikan emas ke Kolej. (Kami terpaksa menolak binatang seperti ular, labah-labah atau benda merayap yang lain!)
Mereka yang tinggal di Kolej biasanya lebih merasa seronok berbanding pelajar luar asrama. Tetapi mengapa? Ini kerana setiap hujung minggu terdapat pelbagai kegiatan, lawatan, peluang untuk keluar, menonton wayang, meluncur ais, rombongan, tempat tarikan pelancong, taman tema – senarainya serta pilihannya sungguh banyak sekali. Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan sumber yang disediakan untuk segenap peringkat umur.
Kami mempunyai kemudahan bersantai luar bangunan di setiap asrama termasuklah meja pingpong, gelanggang bola keranjang, bola sepak 5-sebelah dan barbeku selain daripada pelbagai peralatan sukan.
Mungkin juga mereka ingin ke bangsal kuda melihat semua kuda dan menunggangnya. Kami mempunyai sebuah kereta bomba kami sendiri. Ya, memang benar kami juga membawa mereka untuk bersiar-siar dengannya – memang menyeronokkan!
Kumpulan bas mini serta para pemandu sentiasa bersedia bila-bila masa kami memerlukan pengangkutan. Terdapat juga Sudut Binatang Peliharaan dan tidak lupa juga kumpulan itik yang ada. Trampolin serta dinding memanjat juga ada.
Tidak kurang juga ibu bapa yang menyatakan bahawa mereka lebih suka tinggal dengan kami kerana mereka berpeluang melihat anak-anak mereka berseronok dan mereka juga ingin turut serta menikmati keseronokan ini!
Para pelajar tidak pernah impikan alam persekolahan sehebat begini
Tiada ibu bapa atau keluarga biasa yang boleh menandingi apa yang kami tawarkan. Selepas sekolah, terdapat kelab dan persatuan untuk disertai dan pelbagai jenis sukan untuk dimainkan.
Kami mempunyai pelbagai jenis kemudahan sukan yang anda inginkan dan penjaga asrama sanggup turut serta. Si kecil ingin berenang? Tiada masalah kerana ada kolam dalam bangunan yang dipanaskan lengkap dengan geluncur air dan ular terapung yang besar. Penyelamat nyawa yang berkelayakan sentiasa bersedia. Mari kita lihat siapa yang boleh bertahan paling lama di atas ular terapung.
Perlukan baju bersih? Tiada masalah. Kami mempunyai bilangan kakitangan dobi yang ramai yang memastikan pakaian serta alas katil sentiasa dibasuh dengan cepat.
Adakah anak anda mahukan bilik tidur yang selesa? Asrama kami mempunyai katil yang cukup selesa dengan tilam spring bermutu tinggi. Bilik tidur mereka lengkap dengan TV dan video. Menonton TV tidak dibenarkan kerana perlu tidur atau membuat kerja rumah? Tiada masalah kerana TV/video dikunci mengikut masa.
Ingin menyimpan minuman “Coca-Cola” supaya sentiasa sejuk? Simpan saja dalam peti sejuk yang disediakan di setiap bilik tidur.
Setiap bilik tidur mempunyai telefon dail terus masuk dan keluarnya sendiri dengan pesanan mel suara. Kebanyakan bilik tidur sekarang adalah lengkap tetapi jika tidak, terdapat banyak bilik mandi untuk sentiasa kekal bersih. Kami sebenarnya masih belum menjumpai sekolah berasrama lain yang mempunyai segala kelengkapan yang disediakan seperti kami.
Setiap bilik tidur juga mempunyai kemudahan membuat minuman panas seperti teh, kopi dan lain-lain. Setiap bilik tidur mempunyai ruang bekerjanya sendiri.
Keselamatan, keselesaan dan kesesuaian dengan benar-benar berbaloi dengan bayaran
Keselamatan, keselesaan dan kesesuaian amat penting. Setiap bilik tidur mempunyai pengesan asap kebakaran, tingkap dwi-saduran mempunyai penahan keselamatan, pintu pencegah kebakaran bermutu tinggi serta lantai beralas permaidani sepenuhnya termasuk singki air panas dan sejuk. Kami juga menyediakan sentuhan istimewa lain antaranya seperti rel tuala panas serta kipas dinding untuk cuaca panas di setiap bilik. Bilangan pelajar di setiap bilik berbeza, biasanya daripada 4 hinggalah 1 atau 2 orang (bergantung umur dan bilik yang ada). Inilah penginapan 5 bintang - pasti!
Mungkin kini anda menyedari kenapa ramai ibu bapa dan para pelajar yang memilih untuk tinggal di asrama. Antaranya ialah keputusan akademik yang cemerlang, keseronokan dan keriangan selepas waktu sekolah serta pelbagai kegiatan yang disediakan dengan bermacam-macam peralatan dan kemudahan. Semuanya disediakan dengan kesabaran dan penjagaan yang berkesan. Tiga hidangan berzat setiap hari, pakaian dan tempat tidur yang bersih, waktu tidur berjadual dan kerja rumah yang siap pada masanya. Sebarang kemalangan atau kecederaan akan diuruskan serta-merta oleh jururawat bertugas.
Biasanya kedua-dua ibu bapa keluar bekerja dalam keluarga hari ini. Ianya menjadi lebih sukar jika anda seorang ibu atau bapa tunggal. Memanglah sifat manusia untuk mudah letih. Bekerja, menguruskan rumah tangga, membeli makanan, membasuh baju, mengawasi kerja rumah dan masih perlu bertenaga untuk membawa mereka keluar di mana setiap waktu dalam sehari dipenuhi oleh keseronokan dan pembelajaran? Memastikan mereka faham fungsi bilik air, menyikat rambut, projek sekolah disiapkan dan anda masih bertenaga untuk berbincang dengan mereka? Untuk mencapai semuanya pada hari ini, anda perlu menjadi seorang Superman arau Superwoman !
Kajian terbaru menunjukkan bahawa membayar wang tambahan untuk penginapan anak anda di asrama adalah perbelanjaan yang amat berbaloi berbanding menjadi pelajar luar asrama dan sebenarnya secara purata menjimatkan wang anda. Ibu bapa kadang kala terlupa kos sebenar menjaga dan membesarkan kanak-kanak pada hari ini.
Asrama adalah pilihan yang wajar. Berapa ramai ibu bapa yang menyedari bahawa mereka kini menjadi pemandu teksi untuk anak-anak mereka?
Pusat perubatan kelas pertama kami mempunyai bilik air peribadi, katil yang selesa serta kemasan yang ceria. Jururawat yang berkelulusan sepenuhnya tinggal di sekolah. Kedua-dua asrama dilindungi oleh kunci berkod di pintu masing-masing dan mempunyai sistem perhubungan telefon untuk pelawat luar. Semasa waktu malam musim sejuk yang panjang keseluruhan kampus kami diterangi cahaya lampu sepanjang malam dengan rangkaian televisyen litar tertutup dan kesemua pintu masuk dan keluar kami mempunyai kawalan keselamatan automatik.
Kami juga menyediakan ruang untuk bersendirian atau untuk ketenangan serta ruang untuk bergembira bersama rakan.