Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Penginapan di Queen Ethelburga’s College

Sekolah Berasrama Terkemuka di UK

Harry Potter telah membantu memastikan sekolah berasrama moden kembali popular. Menurut Boarding Education Alliance , buku cerita paling laris mengenai seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah sekolah ahli sihir telah membantu mencipta semula imej sekolah berasrama.

"Buku-buku cerita ini telah banyak membantu mempopularkan sekolah asrama dan kami tidak dapat membayangkan cara yang lain," jelas Ann Williamson, pengarah kempen untuk BEA , yang mewakili 170 buah sekolah berasrama.

Buku-buku Harry Potter yang telah terjual dalam jumlah yang banyak di seluruh dunia menceritakan tentang sekolah berasrama yang penuh pengembaraan di mana para pelajarnya belajar tentang ilmu sihir dan bermain menggunakan penyapu. Ann Williamson percaya bahawa publisiti daripada siri Potter ini telah membawa kepada peningkatan mendadak ibu bapa dan anak-anak mereka yang kini membuat pilihan untuk tinggal di asrama.

Kenapa memilih untuk tinggal di Queen Ethelburga’s?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami telah melihat peningkatan jumlah kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 5 tahun sehingga 20 tahun yang tinggal bersama-sama kami semasa penggal persekolahan.

Dalam tempoh tiga tahun lepas sahaja jumlah budak lelaki dan perempuan yang memilih untuk menginap dengan kami meningkat melebihi 40%.

Kenapakah pilihan ini berkesan terhadap ramai ibu bapa dan para pelajar hari ini? Penjaga asrama dan suasana tempat tinggal kami memastikan persekitaran yang penuh dengan kasih-sayang, prihatin, mesra dan bagaikan di rumah.

Pelajar lelaki tinggal di Benedict House dan pelajar perempuan tinggal di Abbey Chambers. Asrama kami dianggap oleh ramai orang sebagai yang terbaik dan paling bermutu di UK mahupun di Eropah. Sejak lapan puluh tahun yang lalu kami telah menjaga para pelajar yang tinggal di Kolej bersama kami dengan jayanya. Percayalah jika kami menyatakan bahawa kami tahu apa yang kami lakukan.

Terdapat semangat kekeluargaan yang tinggi seperti tempat berkumpul di dapur dan ruang istirahat dengan kemudahan memasak yang mengalu-alukan segala jenis pertemuan. Penjaga asrama kerap ditemui di dapur bersama budak-budak lelaki dan perempuan memasak piza atau menikmati secawan minuman panas.

Pelajar lelaki dan perempuan yang tinggal bersama kami sangat berjaya

Pelajar lelaki dan perempuan yang tinggal dengan kami sangat berjaya. Mereka biasanya mengatasi pelajar luar asrama dalam kedua-dua bidang pelajaran dan sukan. Mereka tidak perlu membuang masa dalam perjalanan ulang-alik ke sekolah. Semua yang mereka perlukan ada berhampiran. Ingin melihat sesuatu di Internet untuk kerja rumah? Tiada masalah kerana kami mempunyai banyak komputer dan sudah pasti perisian Internet kami melindungi mereka daripada laman web yang kurang sesuai.

Mungkin juga sebab utama tidak terdapat rasa kesedihan merindukan rumah masing-masing di sini adalah kerana mereka dikelilingi oleh kawan-kawan. Kawan-kawan bermakna keseronokan, kegiatan serta banyak perkara yang bakal dilakukan. Tiada ruang untuk merasa jemu.

Semua kakitangan kami berpengalaman luas dan berfikiran terbuka. Mereka menyediakan persekitaran yang mesra dan prihatin yang bermakna setiap tahun lebih ramai pelajar lelaki dan perempuan memilih untuk tinggal di kampus. Ada pelajar yang buat perangai? Tiada masalah – semuanya diselesaikan dengan segera dengan cara yang terbuka. Tegas tetapi adil, inilah yang menjadi amalan kami.

Daripada mengejutkan semua orang di waktu pagi, memastikan mereka berpakaian kemas untuk ke Kolej dan membawa segala peralatan yang perlu, mendengar apa yang mereka telah lakukan selepas hari persekolahan berakhir, memastikan mereka yang bermasalah mendapat bantuan hinggalah memujuk mereka mengemas bilik, berjenaka dengan mereka dan mengingatkan mereka tentang itu dan ini, penjaga asrama kami dipilih atas kesabaran, keceriaan, tenaga, pengalaman dan pemikiran mereka.