Jabatan Persediaan
Kehidupan awal persekolahan adalah suatu waktu bermulanya penemuan-penemuan baru. Kanak-kanak begitu dahagakan pengetahuan dan pemahaman yang mana disediakan oleh Jabatan Sekolah Rendah kami dengan cara yang menarik dan berstruktur.
Pada dasarnya, program akademik kami terdiri daripada dua elemen. Kami melengkapi kanak-kanak tersebut dengan kaedah untuk belajar, menyelidik dan membina buah fikiran; kami juga memberi asas yang kukuh dalam kemahiran teknikal yang diperlukan.
Kanak-kanak mendapat manfaat dari pengajaran di kelas pada awal tahun sekolah persediaan. Ini membolehkan mereka menempa perhubungan bilik darjah yang kukuh dan membina rasa selamat sementara guru tingkatan memperoleh pengertian yang mendalam mengenai keupayaan dan minat setiap kanak-kanak tersebut dengan tepat; apa-apa masalah boleh dikenal pasti dan ditangani dengan jayanya pada peringkat awal. Saiz kelas adalah kecil.
Kami memberi setiap kanak-kanak asas yang kukuh dalam semua mata pelajaran yang dirangkumi oleh Kurikulum Kebangsaan, dan pada masa yang sama kami merangsang minat dan keupayaan kreatif individu.
Kanak-kanak mencapai tahap yang amat tinggi dalam pelajaran Bahasa Perancis mereka. Setiap kanak-kanak digalakkan mengembangkan potensi dengan sepenuhnya dan untuk mencapai tahap akademik tertinggi yang mampu dilakukannya. Pameran kreatif hasil kerja para penuntut yang dipamerkan di dalam semua bilik darjah boleh menanamkan rasa bangga dalam diri kanak-kanak tersebut terhadap pencapaian mereka.
Jabatan Sekolah Rendah kami khususnya dilengkapi dengan Pusat Komputernya sendiri yang menempatkan komputer-komputer Pentium dengan pakej perisian yang terbaru, dan kanak-kanak tersebut akan terbiasa menggunakan komputer pada tahap awal dalam persekolahan, kedua-duanya pun sebagai mata pelajaran dan bantuan untuk mempelajari kemahiran lain.
Kerja di bilik darjah dilengkapi dengan lawatan belajar dan lawatan lapangan, yang boleh jadi bersiar-siar sambil menikmati alam semula jadi di kampus sekolah atau melawat kegiatan pakar jauh dari sekolah. Lawatan kajian persekitaran kediaman diadakan pada setiap musim bunga bagi kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun ke atas.
Keputusan akademik jelas lebih tinggi daripada purata kebangsaan
Terdapat peluang yang luas bagi kanak-kanak untuk menunjukkan kemahiran pertukangan mereka dan untuk mempelajari drama dan muzik, dua daripada pelbagai cara di mana kami boleh menggalakkan mereka membesar dengan keyakinan dan pernyataan kendiri apabila ruang cakupan pengetahuan dan pendidikan mereka meluas.
Konsert bercorak muzik dan penerbitan drama sering dianjurkan untuk para ibu bapa dan ramai penuntut telah menyertai Kumpulan Koir dan Instrumental.
Tatkala berusia sebelas tahun, kanak-kanak yang meninggalkan Jabatan Sekolah Rendah akan berpindah ke Jabatan Kelas Tinggi Queen Ethelburga's College untuk menyempurnakan pelajaran sekolah mereka. Kakitangan Jabatan Sekolah Rendah kami merupakan kakitangan yang bertauliah dalam pendidikan rendah dan berdedikasi untuk menyediakan suasana yang ceria dan penuh azam di mana semua penuntut kami boleh berkembang maju.
Kami dengan teguhnya percaya bahawa, dengan persekitaran dan galakan yang sesuai, setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk berjaya. Apabila para penuntut beransur maju semasa persekolahan, mereka diperkenalkan dengan kepakaran pengajaran mata pelajaran.
Kakitangan kami menyukai mata pelajaran masing-masing dan memastikan pelajaran tersebut disampaikan dengan cara yang merangsang dan menyeronokkan, sambil berusaha ke arah sasaran yang melebihi daripada kurikulum sekolah rendah yang biasa.
Laporan lengkap dan terperinci dikeluarkan pada setiap penggal dan para ibu bapa juga sentiasa berpeluang untuk berbincang tentang kemajuan anak dengan setiap guru secara individu.