Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Teknologi Maklumat

Setiap penuntut yang meninggalkan Jabatan Sekolah Rendah kami akan memperoleh kemahiran Teknologi Maklumat dan Komputer (IT) yang mengagumkan, untuk memasuki dunia yang menuntut tahap celik komputer yang semakin tinggi.

Kami telah melabur dalam teknologi yang terkini dengan komputer Pentium yang pantas di dalam rangkaian multimedia kami yang sangat luas dan sistem kendiri di seluruh jabatan akademik kami. Jabatan baru kami yang luas dan berhawa dingin dikongsi dengan Sekolah Kelas Tinggi Queen Ethelburga's.

Di dalam kelas IT, setiap penuntut mendapat kelebihan menggunakan komputer individu hanya untuk kegunaan mereka.

Penuntut juga boleh mengakses Internet di bawah pengawasan serta menggunakan maklumat yang bermutu dari CD-ROM di dalam sesetengah jabatan, dan di dalam bilik rujukan. Kami mempunyai Ketua Jabatan IT yang menilai keperluan setiap individu dan merancang kursus IT.

Penuntut kami akan menjadi lebih yakin dalam penggunaan perisian moden, termasuk pemproses kata, lembaran hamparan dan pangkalan data, pakej penerbitan dan lukisan, perisian penyampaian serta semua kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan kerja kursus dalam semua mata pelajaran pada tahap yang tertinggi.

Baru
Kami telah memasang satelit sambungan Internet yang terkini dengan kemampuan pautan naik dan turun. Ini memberi kelajuan yang terserlah terhadap sambungan Internet apabila bilangan penuntut yang mengakses pada masa yang sama adalah besar.

Penjagaan kedesaan dan perkembangan peribadi

Perasaan selamat memperkukuh setiap pendidikan Jabatan Sekolah Rendah kanak-kanak. Mereka mengenali semua kakitangan yang mengawasi kegiatan seharian mereka dengan cara yang prihatin dan mudah didekati.

Terdapat banyak kegiatan dan persatuan untuk mengisi masa penuntut, tetapi jika mereka memilih untuk menghabiskan masa bermain dan makan tengah hari di taman permainan, banyak yang boleh dilakukan, dengan diawasi oleh guru untuk memastikan kesejahteraan mereka.

Kemudahan menjamu selera Jabatan Sekolah Rendah kami adalah bertaraf tinggi dengan pilihan makanan yang pelbagai di dalam bilik makan yang luas dan dilengkapi perabot yang indah. Diet khusus disediakan jika diperlukan.

Kanak-kanak digalakkan untuk menghabiskan masa secara produktif. Masa senggang boleh dipenuhi dengan banyak buku dan permainan yang merangsang yang mana memberi berbagai-bagai-bagai pilihan untuk permainan luar.

Sistem merit memberi ganjaran terhadap kerja dan perilaku yang baik, dan kami amat menitik-beratkan nilai-nilai seperti kesetiaan, hormat, toleransi, persahabatan dan budi bahasa.