Persiapan untuk dunia esok
Interaksi antara pelajar dan guru digalakkan pada setiap peringkat, dan Ketua Guru sering menemui semua pelajar secara seorang demi seorang atau pada waktu makan tengah hari mingguan yang tidak rasmi, yang memberikan peluang yang luas untuk melahirkan pandangan, kebimbangan dan matlamat.
Pelajar Queen Ethelburga’s sentiasa mencapai tahap kejayaan yang tinggi dalam peperiksaan yang disebut GCSE (setaraf dengan SPM, diambil pada Tahun 11). Setelah peperiksaan ini, pelajar yang sedia ada, atau pelajar baru yang baru menyertai kami, menjadi sebahagian daripada apa yang kami sebut Tingkatan Enam. Tingkatan Enam merangkumi Tahun 12 dan 13. Peperiksaan yang biasa diambil oleh pelajar pada tingkatan ini disebut A-level (setaraf dengan STPM).
(Para pelajar yang berminat menunggang kuda sering menggabungkan A-level dengan kursus belajar menunggang yang disebut BHSAI ).
Tingkatan Enam adalah peringkat unik yang memuaskan dan menyeronokkan di mana pelajar A-level kami memperoleh pengetahuan untuk membawa mereka menuju ke arah pendidikan yang lebih tinggi dan menerima pakai lebih banyak tanggungjawab bersama kebebasan yang telah bertambah.
► Teknologi Maklumat dan Komunikasi ~ ICT ~ Pengkomputeran

Setiap pelajar yang meninggalkan kami akan memiliki kemahiran pengkomputeran untuk memasuki dunia di mana tuntutan terhadap tahap celik komputer adalah yang semakin tinggi. Kami telah melabur dalam teknologi yang terkini dengan komputer Pentium yang pantas di dalam rangkaian multimedia yang sangat luas di seluruh jabatan akademik kami.
Pelajar juga boleh mengakses Internet di bawah pengawasan serta menggunakan maklumat yang bermutu dalam CD-ROM di dalam bilik rujukan. Kami mempunyai Ketua ICT yang menilai keperluan individu dan merangka kursus dari Celik Komputer dan Teknologi Maklumat sehinggalah Sistem Maklumat A-level .
Pelajar kami yakin dengan penggunaan perisian moden, termasuk pemproses kata, lembaran hamparan dan pangkalan data, pakej penerbitan dan lukisan, perisian penyampaian terkini serta semua kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan kursus kerja dalam semua mata pelajaran pada tahap yang tertinggi.
Baru
Kami telah memasang satelit sambungan Internet yang terkini dengan kemampuan pautan naik dan turun. Ini memberi kelajuan yang nyata terhadap sambungan Internet apabila bilangan pelajar yang mengakses pada masa yang sama adalah besar.
Pendidikan yang relevan kepada dunia hari ini
Memisahkan kumpulan tahun bagi mata pelajaran yang tertentu mengikut keupayaan umum, meningkatkan keberkesanan pelajaran tersebut, dan, menurut pengalaman kami, adalah dialu-alukan oleh para penuntut.
Kami sangat berharap agar ibu bapa tidak berasa terasing daripada perhubungan yang berjalan dengan berkesan yang terbentuk antara guru dan pelajar di dalam sekolah yang memiliki kualiti akademik yang tinggi seperti Queen Ethelburga’s. Menurut pandangan kami, ibu bapa adalah suatu kuasa penting yang diperlukan oleh setiap pelajar runtuk mencapai potensi akademik mereka dengan sebenar-benarnya, oleh itu kami melibatkan mereka sepenuhnya. Guru mereka sentiasa menilai kemajuan setiap pelajar, satu siri bacaan markah diambil secara berkala. Markah ini akan diberikan kepada pelajar dan ibu bapa mereka agar mereka mengetahui segalanya.
Mesyuarat kumpulan tahunan diadakan di sepanjang tahun untuk memberi peluang bagi ibu bapa yang dapat hadir untuk bertemu dan berbincang dengan kakitangan akademik mengenai apa-apa perkara yang mereka ingini. Pada akhir kebanyakan penggal, ibu bapa menerima laporan penuh dan lengkap mengenai kemajuan menyeluruh melalui sekolah dan terhadap perkembangan anak mereka dalam setiap mata pelajaran yang tertentu.
Terdapat ramai ibu bapa yang tidak mengetahui atau memahami bahasa Inggeris, maka, kami menghantar laporan penggal anak anda, sama ada yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa anda agar anda boleh membacanya, atau telah dirakamkan ke dalam pita rakaman dalam bahasa anda untuk didengari. Kami dapati bahawa terdapat beberapa pelajar yang tidak berusaha dengan sebaik yang termampu oleh mereka, akan menjadi lebih gigih apabila mereka mengetahui bahawa ibu bapa mereka akan memahami dengan tepat apa yang pihak Sekolah mahu sampaikan tentang kerja sekolah mereka.
Sewaktu berusia sekitar 14 tahun, dalam Tahun 10, pelajar akan memulakan tempoh pengajian tertentu selama dua tahun supaya boleh mengambil peperiksaan yang disebut GCSE pada Tahun 11 apabila mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun. Langkah ke arah ini adalah dilaksanakan dengan licin, sasaran purata bagi setiap pelajar adalah lapan gred yang baik. Pada Tahun 10, pilihan kursus pengajian diperhalusi demi mewakili mata pelajaran sebenar yang akan diambil semasa peperiksaan. Pada senarai mata pelajaran ini, Pelajaran Agama, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengkomputeran) dan Sukan ditambah secara automatik. Mata pelajaran tambahan ini mengekalkan keluasan pendidikan yang kami sediakan bagi setiap penuntut.
Program pengajian juga termasuk pendidikan Peribadi dan Sosial yang merangkumi tajuk seperti merokok, dadah, perhubungan, harga diri, nilai dan masalah diskriminasi. Pelajaran kerjaya melengkapkan lagi senarai itu. Dalam semua bahagian, pendekatan telah direka bentuk untuk menghasilkan reaksi yang sensitif dan positif terhadap isu yang ditimbulkan.
Sebagai sekolah yang moden, kami telah menghapuskan pengajian pada pagi Sabtu untuk menyelaraskan kerja di bilik darjah dengan minggu kerja Isnin hingga Jumaat.
Queen Ethelburga's College mempunyai komitmen yang kuat untuk memberikan pendidikan yang relevan kepada dunia hari ini, dan kami telah membuat pelaburan yang besar bagi menyediakan kemudahan bahasa yang berkualiti tinggi. Kami mempunyai penerimaan satelit berganda, yang membolehkan banyak bilik darjah, pada masa yang sama, menerima siaran televisyen dari negara berkaitan yang berkenaan. Kami juga mempunyai makmal bahasa yang baru disiapkan.