Kegiatan Sukan
Kecemerlangan individu dan semangat berpasukan yang baik merupakan matlamat utama di Queen Ethelburga’s dan kami sememangnya menggalakkan setiap pelajar untuk menggunakan sepenuhnya rangkaian kegiatan akademik, seni dan sukan yang tersedia.
Pilihan menyeluruh meliputi sukan individu serta berpasukan membolehkan para pelajar mencari dan selesa dengan pilihan dan usaha membangunkan kemahiran mereka sendiri.
Sekolah ini mempunyai Pusat Menunggang Kuda yang mengagumkan yang menawarkan pelajaran menunggang sehingga tahap penuh Persatuan Berkuda British, dari peringkat orang yang baru mula hingga peringkat kompetitif sepenuhnya, menggunakan sama ada kuda kepunyaan pelajar sendiri atau kuda yang disediakan oleh pihak sekolah.
Kecemerlangan individu dan semangat berpasukan yang baik
Kami cemerlang dalam banyak sukan dan menjadi tuan rumah kepada sekolah-sekolah lain baik sekolah berasrama persendirian mahupun swasta. Kami juga mempunyai sebuah kolam renang dalam bangunan yang terbaik yang mempunyai sistem pemanasan untuk kegunaan waktu lapang.
Dewan-dewan sukan kami yang cukup luas tersedia untuk sukan gimnastik, badminton dan rangkaian kegiatan sukan yang besar. Di samping itu terdapat juga kawasan gimnasium yang lebih kecil (untuk memenuhi keperluan tertentu).
Kelengkapan, kemudahan dan peluang-peluang yang mengagumkan...
Kemudahan yang kami sediakan amat mengagumkan, termasuklah:
► 20 kawasan latihan diterangi lampu sorot bagi bola jaring / bola keranjang
► 1 gelanggang bola sepak saiz antarabangsa yang diterangi lampu sorot
► 1 gelanggang ragbi saiz antarabangsa yang diterangi lampu sorot
► 20 kawasan latihan berjaring bagi raunders / kriket yang diterangi lampu sorot
► 2 gelanggang bola tampar serba cuaca yang diterangi lampu sorot
► peralatan berteknologi tinggi untuk mengukur kecergasan
► 2 gelanggang sukan serba cuaca yang diterangi lampu sorot
► 3 gelanggang bola jaring serba cuaca yang diterangi lampu sorot
► 5 gelanggang tenis serba cuaca yang diterangi lampu sorot
► 1 trek balapan serba cuaca yang diterangi lampu sorot
► 1 padang bola bersaiz separuh yang diterangi lampu sorot
► 4 gimnasium kecergasan yang berasingan
► 1 padang latihan kriket yang diterangi lampu sorot
► kolam renang dalam bangunan dengan sistem pemanasan
► 1 padang kriket utama yang diterangi lampu sorot
► 6 mesin larian elektrik
► 2 kawasan lompat jauh berpasir yang diterangi lampu sorot
► 2 kawasan lompat tinggi yang diterangi lampu sorot
► 2 padang hoki yang diterangi lampu sorot
► 2 sauna terapi
Di luar kampus, kami menggalakkan minat terhadap kegiatan luar dan kami juga mengendalikan satu kursus khas pada setiap penggal musim panas bagi pelajar-pelajar Tahun 7 dan 8, yang mana antara kegiatan pentingnya adalah memanjat batuan, berkolek, menakik turun secara bertali dan menjelajah gua.
Kawasan sumber seluas 10 ekar yang diterangi lampu sorot
Ekspedisi hujung minggu menyediakan latihan bagi Anugerah Duke of Edinburgh dan kami mengendalikan perjalanan untuk bermain ski di Austria dan Perancis. Kami menggalakkan setiap pelajar untuk mengiktiraf kepentingan latihan jasmani dan pemakanan yang baik dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat lagi cergas.
Anugerah Duke of Edinburgh ditubuhkan oleh Keluarga Diraja United Kingdom. Ia merangkumi pelbagai kegiatan yang dirangka demi menggalakkan kecergasan fizikal, keyakinan diri dan kepimpinan.
Minat luar
Bagi semua pelajar kami, kehidupan di Queen Ethelburga’s menyemarakkan minat serta keghairahan baik sewaktu dalam kelas mahupun di luar kelas.
Kami memang mengharap serta menggalakkan pelajar kami untuk memupuk minat seluas-luasnya terhadap pelbagai bidang dan ini dicerminkan pada pelbagai kelab dan persatuan yang ada yang melebarkan ruang lingkup sosial, seni, sukan dan akademik yang ditawarkan oleh pihak sekolah.
Kegiatan kesukanan dan menunggang kuda aliran utama kami telah dihuraikan dalam halaman lain dalam risalah ini; dan sebagai menyambung tema aktif tersebut, Queen Ethelburga’s mempunyai rekod cemerlang dan mencapai tahap Emas, Perak dan Gangsa dalam Skim Anugerah Duke of Edinburgh .
Muzik dan Drama adalah kegiatan lepas sekolah yang popular baik sebagai hobi mahupun sebagai persediaan bagi pelbagai pementasan yang diadakan setiap tahun oleh para pelajar Queen Ethelburga’s.
Kunjungan untuk menyaksikan acara kebudayaan seperti teater, persembahan balet, opera dan orkestra juga kerap diadakan.
Lingkup kegiatan kelab dan persatuan di sekolah juga cukup luas. Kegiatan seni lukis, catur, badminton, koir, pengkomputeran, bola sepak, bahasa, bola tampar, masakan, perdebatan, drama, aerobik – semuanya dikelolakan oleh kelab yang mendapat sokongan kuat dan cergas, bersama-sama dengan banyak lagi acara memupuk minat bermula dari kraf tangan ke keselamatan.
‘Pendidikan Seumur Hidup’ ialah hala tuju asas kami di Queen Ethelburga’s, dan kami menerapkan hala tuju itu ke dalam setiap kegiatan kami sebelum, sewaktu dan selepas kelas.