Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.

Sekolah Berasrama UK - UK Boarding School
Sekolah Swasta Bebas bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun
Telefon: 0044 1423 333 330

Berikan anak anda Pendidikan Inggeris yang tradisional

Pendidikan UK. Jika anda mahu melihat laman ini dalam mana-mana 35 bahasa yang lain, klik di sini.
Selamat Datang
Fasiliti
Lokasi
Asrama
Berusia 5 hingga 10 tahun
Berusia 11 hingga 18 tahun
Tingkatan Enam
Keputusan
Apa lagi?

Kreativiti Seni Lukis dan Drama dan imaginasi

Sesiapa yang berfikir bahawa Seni Lukis hanya setakat menyapu warna pada kertas sememangnya telah salah anggap. Di Queen Ethelburga’s, Seni Lukis begitu mempertingkatkan dan memperbaiki diri seseorang murid. Seni Lukis membentuk kebolehan berfikir dan bertindak secara kreatif, membentuk kesedaran dan imaginasi pancaindera dengan melihat dan memerhatikan.

Dengan demikian, kami berpendapat bahawa Seni Lukis adalah penting. Para pelajar menyentuh topik-topik seperti Lukisan, Pengecatan, Pencetakan, Fotografi, Kolaj, Tekstil, Reka Bentuk, Imej penghasilan komputer dan raster , Seni Arca, Pertukangan, Seni Bina, Membentuk Model dan Pembinaan.

Paling penting, Seni Lukis membentuk kreativiti yang melimpah-ruah ke dalam berbagai-bagai bidang mata pelajaran lain.

Kelas drama di Queen Ethelburga’s menyediakan persekitaran yang selamat bagi para pelajar mendalami situasi, peranan dan perhubungan yang berpunca daripada kehidupan sebenar dan khayalan. Ini adalah bagi tujuan seperti menyampaikan idea dan perasaan kepada penonton, menyelidiki punca dan kesudahan, atau mendalami penggunaan bahasa dalam konteks berlainan.

Drama memberikan para pelajar peluang untuk membentuk pelbagai kemahiran seperti pergerakan, mimos, improvisasi, membentuk lakon, menulis skrip dan pidato umum.

Kebolehan berkomunikasi dengan baik adalah penting pada segenap lapisan umur dan terutamanya lebih penting pada usia dewasa. Permulaan awal yang menyeronokkan dalam bidang ini boleh mewujudkan keyakinan pada tahun-tahun akan datang.

Penghayatan terhadap Drama juga penting dan kebanyakan daripada mereka yang menemui keseronokan teater seumur hidup mula berjinak-jinak semenjak muda lagi.

Para pelajar digalakkan bekerja dengan keyakinan dan keseronokan. Sifat bekerjasama dipupuk dan setiap tahap tahun membuat persembahan untuk pelajar-pelajar lain di Sekolah Kelas Tinggi, para ibu bapa dan rakan-rakan.

Di United Kingdom terdapat peperiksaan Drama khusus yang diuruskan oleh badan dipanggil LAMDA . Murid-murid kami sentiasa mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Koir dan Muzik mempersembahkan ~ mendengar ~ menggubah

Muzik untuk semua adalah prinsip asas kegiatan jabatan ini. Penglibatan dalam ensembel instrumental dan koir mengilhamkan kesetiaan, keyakinan dan penghayatan terhadap kualiti. Semua murid mengikuti kursus yang berasaskan mempersembahkan, mendengar dan menggubah. Pelbagai rangkaian muzik nyanyian tersedia mulai Tahun 7 hingga 13, meliputi berbagai-bagai gaya muzik termasuk: rounds , canons , lagu rakyat, sea shanties , gita puja, lagu kerohanian, lagu pertunjukan pentas ( show songs ), rhythm & blues , klasik, rock dan pop.

Sebilangan pelajar mendapat bimbingan perseorangan bagi sekurang-kurangnya satu instrumen, dan berbagai-bagai jenis instrumen dimainkan dengan penuh minat menurut pelbagai tahap kemahiran dan semangat. Para pelajar digalakkan bergiat dalam pelbagai ensembel dan kumpulan. Sekolah ini mempunyai koir yang luar biasa yang telah membuat persembahan di York Minster dan Ripon Cathedral yang terkemuka. Kursus muzik merangkumi dari nyanyian, gubahan mudah dan teori, dan pengenalan hingga ke muzik klasikal dan moden.

Kami beranggapan bahawa adalah sangat penting bagi seseorang yang bermain muzik dan menyanyi untuk mendengar dan menikmati muzik ‘secara langsung’ yang bagus, oleh itu kadangkala terdapat para pemuzik tamu dan kunjungan ke konsert tempatan.

Kami bernasib baik kerana terletak di kawasan yang banyak memberikan peluang untuk menonton drama dan muzik profesional yang bertaraf terbaik.

Di United Kingdom terdapat peperiksaan Muzik khusus yang diuruskan oleh badan dipanggil RSM . Murid-murid kami sentiasa mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.