Setiap insan memiliki keupayaan untuk cemerlang
► Perkembangan kerjaya
Queen Ethelburga’s menerapkan pendekatan yang jelas dan positif terhadap perkembangan kerjaya, membantu semua penuntut, di sepanjang kerjaya sekolah mereka, untuk membuat rancangan buat kehidupan akan datang berdasarkan pada keupayaan dan minat mereka.
Mata pelajaran dilengkapi dengan sumber yang sebaiknya: pangkalan data komputer kami merangkumi maklumat kerjaya yang banyak, seperti mana dengan perpustakaan sekolah. Ceramah dan perbincangan oleh penceramah jemputan memberi maklumat objektif yang melengkapi perbincangan yang diadakan antara para pelajar dan guru pada peringkat rasmi dan tidak rasmi. Sekolah ini adalah ahli Persatuan Kerjaya Sekolah Swasta ( Independent Schools Careers Organisation ), dan beberapa kakitangannya adalah Penasihat Kerjaya yang terlatih.
Matlamat jangka panjang pelajar menjadi semakin jelas tertumpu dan membentuk suatu asas yang kukuh bagi kejayaan dalam peperiksaan GCSE dan A-level kerana sasaran kerjaya dan cara untuk mencapainya telah difahami dengan sepenuhnya.
Ruang lingkup pembelajaran dalam program kami adalah luas, disokong oleh kakitangan pengajar siswazah yang terlatih, yang menikmati sokongan peralatan yang canggih, bekalan buku teks yang banyak dan persediaan perpustakaan dan rujukan yang hebat pula.
Pelaburan dalam kemudahan akademik adalah berterusan, suatu bukti keazaman kami untuk mempertahankan reputasi kami bagi pencapaian akademik yang tinggi dan meningkatkannya lagi pada masa akan datang. Tercatatnya sejarah bagi Queen Ethelburga’s sebagai Sekolah Terbaik di UK bagi keputusan peperiksaan akademik bukanlah suatu kebetulan.
► Seni
Tanpa budaya kesenian ceria, kehidupan pasti hambar dan, oleh itu, pelajar Queen Ethelburga’s digalakkan untuk memupuk minat, dengan kemudahan yang berkualiti tertinggi untuk menyuburkan kreativiti individu.
Pusat Seni Lukis dan Reka Bentuk kami merangkumi kemudahan bagi reka bentuk grafik dan fotografi bantuan komputer serta studio Seni Halus. Ramai daripada para pelajar Seni Queen Ethelburga’s meneruskan ke kursus pendidikan yang lebih tinggi di kolej-kolej dan universiti-universiti seni.
Setiap aspek Muzik diadakan untuk, bukan sahaja sebagai bahagian tertentu pembelajaran di bilik darjah dan individu tetapi juga sebagai bahagian yang penting dalam program Seni Drama kami. Guru yang berkelayakan tinggi memberi pelajaran tambahan bagi pelbagai alat muzik. Terdapat banyak bilik latihan muzik individu, makmal papan kekunci dan studio muzik untuk menggalakkan semua pelajar, apa pun juga bakat muziknya, bermula dari pemain baru ke pemuzik yang berbakat.
Muzik, seni visual dan persembahan digabungkan dalam suatu program kegiatan budaya yang dibanggakan oleh Kolej. Studio drama baru yang berhawa dingin dilengkapi dengan pencahayaan standard profesional dan peralatan pentas, lengkap dengan televisyen litar tertutup. Ia boleh ditukar dengan cepat menjadi teater 200 tempat duduk untuk mempersembahkan hasil keluaran teater dan muzik yang tetap. Mempelajari Seni Pentas hingga ke peperiksaan A-level adalah pilihan popular bagi sesetengah pelajar kami, yang menghasilkan keputusan cemerlang.
Pengajaran tradisional dengan bakat dan profesionalisme
► Ilmu Kemanusiaan
Keutamaan di Queen Ethelburga’s adalah terhadap pencapaian akademik bagi memperoleh peluang pekerjaan yang berjaya dan yang memuaskan hati; segala tugasan disertai dengan kaitan kehidupan setiap hari.
Kami mempunyai pandangan luas yang serupa mengenai kemanusiaan, yang kami lanjutkan jauh melebihi konteks Pengajian Agama, Sejarah dan Geografi yang berasaskan mata pelajaran, walau bagaimanapun, disebabkan sekolah ini terletak berhampiran dengan beberapa tapak kerja lapangan geografi dan sejarah yang terbaik di negara ini, keperluan mata pelajaran penting tersebut telah dipenuhi dengan sempurna.
Pengajian yang berkaitan dengan aspek kehidupan harian kita dikemaskinikan dalam Bilik Perniagaan. Semua murid mengambil kursus Celik Komputer dan Teknologi Maklumat dan dapat menimba pengalaman mengenai dunia pekerjaan menerusi Skim Pengurusan Perniagaan Usahawan Muda yang memperlihatkan kejayaan hebat para pelajar Queen Ethelburga’s.
► Bahasa
Jabatan bahasa moden kami yang pelbagai dan sentiasa diperluaskan menawarkan para pelajar peluang untuk belajar bahasa-bahasa Eropah dan, memandangkan para guru yang merupakan penutur asli sering membantu, para pelajar juga belajar cara sebutan yang betul dan dapat bertutur dalam bahasa tersebut secara fasih, dengan keyakinan.
Jabatan Bahasa tersebut serba lengkap dengan makmal bahasa, komputer multi-media, buku teks, kaset, surat khabar dan majalah.
Penerima TV satelit dan radio kami yang maju membolehkan sekolah menerima pelbagai siaran bahasa asing secara serentak dan memancarkan siaran tersebut bagi pelajaran bahasa yang relevan. Pengajaran dalam bahasa Perancis, Sepanyol, Jerman dan bahasa-bahasa lain turut disediakan.
► Sains
Pusat sains meliputi jabatan Kimia, Fizik, Biologi dan Psikologi manakala menyediakan makmal berasingan, yang disesuaikan menurut tujuan setiap disiplin. Semua kakitangan sains adalah ahli siswazah.
Pembelajaran Matematik dan Sains disusun untuk menunjukkan kaitan antara idea, uji kaji dan aplikasi amali. Kaedah ini membantu murid-murid kami membentuk pendekatan analitis yang jelas, yang akan menyumbang kepada setiap aspek kegiatan akademik mereka.
Mempertingkatkan pengetahuan setiap murid mengenai asas sains, sebagai sebahagian daripada kurikulum teras sekolah, adalah dipaut dengan kaitan sains dalam kehidupan harian buat masa ini dan akan datang; murid-murid digalakkan menyerap pendekatan yang bersifat menyuarakan soalan dalam pembelajaran mereka dan mendalami aspek kreatif pembangunan saintifik.